BM | EN | 中文

Cagamas sasar pinjaman diluluskan untuk Skim SRP meningkat 54.9 peratus

Cagamas.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Cagamas SRP Bhd menjangkakan pinjaman terkumpul yang diluluskan untuk Skim Rumah Pertamaku (SRP) meningkat sebanyak 14,400 tahun ini, atau 54.93 peratus daripada 26,213 pada 2019 dengan jumlah pembiayaan RM9 bilion.

Pengerusi Datuk Bakarudin Ishak berkata peningkatan itu akan disokong oleh Digital SRP yang baharu dilancarkan yang dapat menyediakan akses baharu bagi calon pembeli rumah pertama kepada pemilihan hartanah yang lebih meluas, termasuk SRP.

Seiring dengan inisiatif digital Cagamas, Digital SRP juga akan menyediakan skim yang lebih mudah, cekap dan berkesan untuk memberikan nilai tambah kepada pembeli.

Advertisement

“Dengan galakan daripada kerajaan bagi memanfaatkan saluran e-penghantaran dalam mendorong revolusi industri keempat dan digitalisasi, pengguna dan perniagaan semakin mengintegrasikan aktiviti transaksi di pelbagai platform digital ke dalam rutin harian mereka,” katanya.

“Dilihat kepada perkembangan baru-baru ini, penggunaan digital di Malaysia semakin jelas, menggantikan interaksi bersemuka dengan saluran jauh dan digital. Oleh itu, pengenalan Digital SRP bertepatan pada masanya,” katanya pada majlis pelancaran inisiatif skim itu, di sini, semalam.

Digital SRP dijayakan oleh Cagamas SRP dengan kerjasama dua portal teknologi hartanah, Didian dan MHub.

Advertisement

Setakat Jun lalu, SRP telah membantu hampir 33,000 rakyat Malaysia, yang mana 90 peratus adalah daripada kumpulan B40, memiliki rumah pertama mereka dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM6.8 bilion.

Sebanyak 71 peratus permohonan pinjaman diluluskan adalah dari Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Perak dan Melaka, sementara saiz purata pinjaman adalah antara RM206,450 dengan 86 peratus pemohon pinjaman yang diluluskan berumur dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun.

Daripada jumlah itu, 5,400 atau 16 peratus permohonan adalah untuk pinjaman konvensional dan 27,600 (84 peratus) bagi pembiayaan Islam.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top