BM | EN | 中文

Cadangan ‘task force’ pulih alam sekitar telah dikemuka, tapi kerajaan Johor pandang sepi

mersing-sampah-1.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 DIS: Biro Alam Sekitar dan Kelestarian (ASK), Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, cadangan bagi mewujudkan ‘task force’ pemulihan alam sekitar telah dicadangkan, namun dipandang sepi kerajaan negeri.

Menurut pengerusi biro tersebut, Rozita Abdul kelestarian alam perlu diberi perhatian kerana isu itu bukan sahaja memberi ancaman kepada manusia, malah memberi kesan kepada habitat hidupan di laut mahu pun di darat.

Rozita Abdul

Beliau terdahulu menjunjung titah Tuanku Sultan Johor yang bertegas menggesa pihak berkuasa memberikan perhatian kepada pemuliharaan alam dan kebersihan di kawasan pantai Mersing.

Advertisement

“Sebelum ini cadangan untuk mengadakan ‘task force’ pemuliharaan alam sekitar telah pun disuarakan namun masih dilihat sepi.

“Hakikatnya kelestarian alam sekitar ini perlu dititik beratkan bagi menjaga sumber dari terus bergelumang dengan sampah dan sisa buangan.

“Terima kasih Tuanku Sultan Johor yang prihatin berkenaan alam sekitar di negeri ini. Kami dari Biro ASK menjunjung titah Tuanku di atas ketegasan Tuanku,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau turut mencadangkan pembabitan pelbagai pihak dalam menjayakan program kelestarian tersebut.

Selain itu tambahnya, kerajaan juga perlu mempelawa orang ramai dan badan pertubuhan untuk bersama dalam memberikan kesedaran kepada orang ramai berkenaan tahap kepentingan penjagaan alam sekitar.

“Kerajaan boleh usahakan untuk mengajak orang ramai, aktivis, jabatan dan NGO untuk bersama dalam memberikan kesedaran kepada orang ramai.

Advertisement

“Langkah-langkah efisien perlu dilakukan kerajaan bagi memberi kesedaran serta kempen bersama demi kelestarian serta pemuliharaan alam sekitar,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top