BM | EN | 中文

Cadangan MIC agar parlimen ‘digantung’ percubaan berbahaya – Chin Tong

liew-chin-tong-dap.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 OKT: Cadangan Presiden MIC Tan Sri A Vigneswaran agar parlimen diprorog, atau ‘digantung’ adalah percubaan halus untuk mengalih kritikan orang ramai terhadap kelemahan pentadbiran kerajaan.

Senator Liew Chin Tong berkata, tafsiran Vigneswaran mengenai ‘menggantung’ parlimen seolah membenarkan kerajaan meneruskan pentadbirannya tanpa berdepan ujian majoriti di Dewan Rakyat selain mengelakkan pilihan raya umum.

“Ini bercanggah dengan semangat demokrasi dan membenarkan kerajaan yang tidak terpilih secara demokratik ‘bersembunyi di sebalik tabir parlimen yang digantung’ untuk memanjangkan jangka hayatnya.

Advertisement

“Gesaan agar parlimen digantung adalah perkara berbahaya yang kita dengar minggu lalu.

“Demokrasi yang masih baru di Malaysia terancam hanya kerana untuk mengekalkan pemerintahan,” kata Chin Ting dalam satu kenyataan, Sabtu lalu,

Vigneswaran sebelum ini mengesyorkan Dewan Rakyat digantung bagi memberi laluan kepada pengendalian penularan COVID-19 dalam negara.

Advertisement

Dipercayai ia berikutan polemik pembentukan kerajaan baharu susulan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memiliki majoriti untuk berbuat demikian.

Vigneswaran dalam kenyataannya berkata, cadangan berkenaan mampu membantu kerajaan memulihkan ekonomi dan menstabilkan keadaan politik negara

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara itu berkata, cadangan itu boleh dilakukan menerusi Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, memperuntukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.

Advertisement

Dalam pada itu kata Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor berkata, saranan Vigneswaran itu adalah tindakan paling tidak bertanggungjawab yang datang dari sebuah parti politik yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya.

Tambah beliau, pandangan itu berbahaya kepada negara dan sekiranya dibiarkan berlaku dibimbangi menjadi langkah pertama yang licik bagi pemerintah untuk mengelak dari proses demokrasi bagi tujuan politik mereka.

“Saya harap orang ramai menolak idea tersebut dan saya mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menolak kemungkinan bagi penggantungan parlimen.

Advertisement

“Tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang dan tiada siapa yang boleh menumbangkan semangat Perlembagaan Malaysia.

“Percubaan meruntuhkan demokrasi di Malaysia hanya untuk mengekalkan Perdana Menteri kerana mengetahui bahawa kemungkinan hilangnya majoriti di parlimen, akan merosak dan merugikan negara selama beberapa generasi,” kata Chin Tong lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top