BM | EN | 中文

Cadangan Mageran: AMANAH Johor gesa kerajaan negeri nyatakan sikap

Mohd-Faizul-Mohd-Salleh.jpg

Mohd Faizul Mohd Salleh

Advertisement

MUAR, 15 JUN: Kerajaan Johor perlu menunjukkan sikap terhadap cadangan dikemukakan beberapa pemimpin dalam negara berkenaan dengan cadangan Majlis Gerakan Negara atau Mageran.

Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Mohd Faizul Salleh berkata, pendirian kerajaan Johor penting dan perlu dijelaskan kepada rakyat di negeri ini.

Ujarnya, Menteri Besar (MB) Johor, Dato Hasni Mohamad perlu memberikan kenyataan berhubung cadangan pelaksanaan Mageran dan apakah kesannya terhadap negeri ini.

Advertisement

“MB perlu memberikan penjelasan berhubung keadaan sekiranya Mageran dikuatkuasakan oleh kerajaan secara menyeluruh di semua negeri.

“Kita perlu juga memikirkan soal keselamatan warga negara kita yang berkerja di Singapura dan ekonomi negeri yang perlu dibangunkan semula.

“Jangan hanya membisu. Perkara ini penting untuk dijelaskan, sekiranya kerajaan benar-benar prihatin dengan nasib rakyat di negeri ini,” ujarnya.

Advertisement

Beliau turut menegur kerajaan Johor agar tidak membiarkan cadangan ini diterima secara umum dan perlu ada penilaian berkenaan nasib rakyat di negeri ini.

“Sebagai Menteri Besar, beliau kena bersuara mengeluarkan kenyataan sama ada setuju atau tidak dengan tindakan kerajaan sekiranya Mageran ini dikuatkuasakan.

“Semakan dan penelitian perlu dijalankan bagi kerajaan negeri mendapatkan data yang lengkap dalam mengeluarkan pendirian sebelum bersetuju atau menolak cadangan Mageran berkenaan.

Advertisement

“Kita mahu kerajaan yang proaktif dalam menangani segala cadangan di peringkat pusat untuk kebaikan dan manfaat terhadap rakyat di negeri ini.

“Jika MB terus membisu, jelas ia memperlihatkan bahawa kerajaan Johor hari ini turut gagal menyelesaikan masalah rakyat,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top