BM | EN | 中文

CADANGAN JAMBATAN KETIGA SELEPAS KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN

IMG-20191201-WA0002.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 DIS: Cadangan pembinaan jambatan ketiga akan diputuskan selepas kajian kebolehlaksanaan disiapkan, untuk mencari penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah kesesakan di Tambak Johor.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kajian tersebut akan dilaksanakan tahun depan melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta dan dijangkakan mengambil masa sembilan bulan.

“Kita bersetuju satu kajian menyeluruh berkenaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Advertisement

“Ini kerana dalam situasi sedia ada tak dapat lagi tampung jumlah pengguna. Dimaklumkan hampir 70 peratus pelawat yang masuk keluar Malaysia ini datang melalui Tambak Johor.

“Kalau boleh saya katakan, pusat kemasukan ini yang paling sesak berbanding mana-mana tempat di dunia,” kata Muhyiddin selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Keputusan Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor pertama bagi tahun 2019, disini hari ini.

Mesyuarat tersebut merupakan susulan keputusan Jawatankuasa Khas Mengenai Kesesakan di Tambak Johor dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 21 Ogos 2019.

Advertisement

Ia ditubuhkan bagi merangka dan melaksana inisiatif untuk mengurangkan senario kesesakan teruk yang masih berlarutan di pintu masuk CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Johor.

Difahamkan, kajian kebolehlaksanaan itu akan turut melibatkan Pihak Berkuasa Iskandar Malaysia (IRDA) dan Kementerian Pengangkutan,

Sementara itu bagi penyelesaian jangka sederhana Muhyiddin berkata, jawatankuasa tersebut bersetuju agar cadangan laluan pejalan kaki berbumbung di Tambak Johor bagi mengatasi masalah kesesakan.

Advertisement

Namun katanya, ia perlu diteliti kerana pejalan kaki sebelum ini yang menggunakan Tambak Johor dianggap boleh menimbulkan bahaya kepada trafik kenderaan.

Kata Muhyiddin kos pembinaan sebanyak RM30 juta itu akan ditampung melalui perbincangan bersama kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, syarikat PLUS Malaysia Bhd, syarikat konsesi lebuh raya di situ selain pihak Singapura.

Dalam pada itu kata Muhyiddin, terdapat kewajaran untuk menambah bilangan petugas di kompleks tersebut terutamanya melibatkan kakitangan dari Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Advertisement

Namun katanya, ia perlu diperhalusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memandangkan setiap tambahan penjawat awam melibatkan peruntukan kewangan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top