BM | EN | 中文

Cadangan bina trek kembara di Banjaran Titiwangsa perlu diteliti

banjaran-titiwangsa.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 JAN: Cadangan untuk membina laluan trek pendakian di Banjaran Titiwangsa perlu diteliti dan mendapatkan nasihat daripada kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan sebelum sebarang rancangan dilaksanakan di dalam Hutan Simpanan Kekal itu.

Pengarah Bahagian Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Mohd Yussainy Md Yusop berkata Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah pun mempunyai komitmen dalam pengurusan Central Forest Spine (CFS) yang merentasi lapan buah negeri iaitu Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.

“Ia merangkumi empat kompleks hutan besar yang utama termasuk Banjaran Titiwangsa – Banjaran Bintang-Nakawan, yang merupakan kawasan sensitif dan perlu dilindungi sebagaimana disebut dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN).

Advertisement

“Selain itu, JPSM dan Agensi Angkasa Negara (MYSA) telah pun mempunyai Sistem Pengurusan Hutan Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri yang merangkumi modul pemetaan kawasan pendakian dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal yang sedang dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena seminar dalam talian (webinar) yang bertajuk ‘Pengurusan dan Cabaran Dalam Dunia Pendakian’, di sini, hari ini.

Webinar itu disertai oleh ahli panel Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Md Ali Ismail, aktivis pendakian T Ravichandran dengan Pegawai Pelatih JPSM Aina Farahin Azli sebagai moderator serta 200 aktivis pendaki.

Advertisement

Sementara itu, Md Ali yang berkongsi pengalaman tentang cabaran yang dihadapi oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam melakukan operasi menyelamat mangsa yang menyertai aktiviti pendakian, turut menekankan pentingnya ilmu dan pengetahuan asas pendakian sebelum menyertai mana-mana program pendakian.

Ia memandangkan aktiviti itu mempunyai cabaran dan risiko tinggi, katanya.

Ravichandran pula berkongsi pengalaman mengenai pentingnya pengurusan kawasan pendakian yang diperkenalkan JPSM, mendapat sokongan aktivis pendaki di Malaysia.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top