BM | EN | 中文

CADANGAN BINA KOMPLEKS BERPAKAR ATASI KESESAKAN DI HSNI, BATU PAHAT

gmbr-fail-khuzzan-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 25 NOV : Kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan cadangan membina kompleks berpakar kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) melalui penyediaan Master Plan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat Tahun 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, cadangan tersebut telah dihantar pada pada 15 Julai 2019 sebagai langkah jangka masa panjang untuk mengatasi kesesakan di kawasan HSNI, Batu Pahat.

“Permohonan pembinaan melibatkan lapan aras dan penyediaan parkir bawah tanah dua tingkat sebanyak 600 lot melibatkan keluasan tanah di kawasan hospital sebanyak 14,250 meter persegi dengan anggaran kos projek RM300 juta.

Advertisement

“Projek ini akan dilaksanakan sekiranya ia tersenarai di bawah projek Rancangan Malaysia Ke-12,”katanya ketika menjawab soalan Ayub Jamil (BN-Rengit) di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Terdahulu, Khuzzan (PH-Semerah) menjawab soalan Ayub yang meminta penjelasan menenai langkah segera dan lengkap jangka masa panjang diambil pihak kerajaan bagi mengatasi kesesakan di luar dan dalam kawasan HSNI, Batu Pahat bagi menampung jumlah pesakit dan pelawat yang semakin bertambah setiap hari.

Khuzzan berkata, pada tahun 2012, lot parkir kenderaan awam di HSNI bertambah sebanyak 125 lot parkir sebagai langkah jangka masa pendek mengatasi masalah kesesakan di hospital tersebut.

Advertisement

“Ini menjadikan keseluruhan lot parkir kenderaan awam meningkat kepada 307 lot dan 60 lot bagi parkir bermotor.

“Berbanding 182 lot parkir kenderaan awam dan 60 lot parkir motor awam yang ada sejak bangunan berkenaan dibina pada tahun 1994,” katanya lagi.

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top