BM | EN | 中文

Cadangan Adun Bukit Pasir untuk buka semula madrasah tak sesuai

Adun-Bukit-Pasir-PAS-Najib-Lep.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 30 NOV: Cadangan dari Adun Bukit Pasir di Dewan Undangan Negeri Johor agar kerajaan mempertimbangkan bagi pembukaan semula madrasah di negeri ini adalah tidak sesuai.

Pengarah Hal Ehwal Syariah Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mohd Azam Abd Razak berkata cadangan tersebut akan memperjudikan nasib pelajar di madarsah tersebut.

Mohd Azam Abd Razak

Ujarnya, Adun Bukit Pasir, Najib Lep perlu melihat dari sisi kesihatan dan keselamatan sebelum mengeluarkan cadangan seperti itu.

Advertisement

“Cadangan ini tidak relevan kerana sekolah-sekolah lain pun sudah ditutup. Langkah membuka semula madrasah dilihat sebagai suatu yang tidak masuk akal.

“Adun Pas usah hanya memikirkan soal kepentingan mereka sahaja. Pelbagai kaedah boleh dilakukan dengan pembelajaran atas talian seperti insiatif dilakukan guru-guru sekolah lain.

“Sekiranya kerajaan menerima cadangan tersebut, saya khuatir akan ada pula cadangan untuk membuka sekolah-sekolah persendirian yang lain kerana mereka melihat madrasah dibenarkan beroperasi.

Advertisement

“Saya nak menasihatkan agar semua pihak perlu bersabar dalam berhadapan dengan musibah ini dan hentikanlah memberi cadangan yang akan menyusahkan orang lain,” ujarnya ketika dihubungi.

Tambah Azam, cadangan Adun Pas bahawa pengawalan SOP di madrasah tersebut tidak boleh diukur dengan jelas.

“Bagaimana kita boleh percaya kepada kenyataan mereka mahu menjaga SOP? Sedangkan menteri mereka dari parti Pas pun tidak mematuhi arahan SOP?

Advertisement

“Ini setakat janji dan lebih merisaukan apabila madrasah dibuka, peraturan serta SOP akan ditongsampahkan seperti dilakukan oleh menteri Pas,” ujarnya lagi.

Terdahulu hari ini, Adun tunggal Pas, Najib Lep mencadangkan pusat tahfiz dan madrasah dibenarkan beroperasi berdasarkan SOP.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top