BM | EN | 中文

Cadang baja, dedak dan racun masuk senarai barang kawalan – Exco Pengguna Johor

Cadang-baja-dedak-dan-racun-masuk-senarai-barang-kawalan-Exco-Pengguna-Johor.jpg

Gambar Ehsan Utusan Online

JOHOR BAHRU, 9 DIS: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor akan menghantar cadangan kepada kementerian itu untuk memasukkan beberapa barangan dalam senarai barang kawalan.

Exco Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr. Chong Fat Full berkata, antara barangan itu ialah dedak, baja dan racun.

Katanya, perkara itu perlu dilaksanakan sebagai usaha tambahan untuk membolehkan kerajaan mengawal kenaikan harga keperluan asas di pasaran ketika ini.

“Macam kadar tukaran mata wang asing, kita tak dapat kawal, tetapi apa yang kita boleh kawal adalah barangan masuk ke negara kita, macam kos baja dan seumpamanya.

“Buat masa ini, penguatkuasaan meliputi seluruh rantaian belum lagi sempurna sebab ada barangan di luar kawalan kerajaan, jadi kita harap beberapa barangan ini akan dimasukkan dalam senarai,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian selepas meninjau harga barangan keperluan asas di Setia Tropika, semalam.

Tambah Fat Full, cadangan itu hasil mesyuarat bersama dengan KPDNHEP Johor yang turut meneliti faktor-faktor kenaikan harga barangan keperluan asas.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top