BM | EN | 中文

Cabutan khas judi: PAS dicabar tarik sokongan dari kerajaan Ismail Sabri

pas-judi.png
Advertisement

LEDANG, 14 OKT: Parti PAS dicabar agar menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan perdana menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya apa yang diperjuangkan parti itu tidak disambut baik oleh kerajaan.

Ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Azhar Ismail berkata, PAS perlu tegas dalam memperjuangkan prinsip parti itu, terutamanya berkaitan isu cabutan khas judi.

Azhar Ismail

“Saya cabar PAS membuat ugutan untuk menarik sokongan kepada kerajaan sekiranya apa yang diperjuangkan tidak diraikan oleh PM.

Advertisement

“Sekiranya PAS bersungguh mahu memperjuangkan Islam, lebih baik keluar dari gabungan kerajaan ini dan berdiri sendiri.

“Sekiranya tidak mampu melakukan itu, ternyata mereka hanya mempergunakan Islam demi kepentingan peribadi mereka sahaja,” kata Azhar.

Kerajaan baru-baru ini mengesahkan memberi izin kepada semua syarikat perjudian untuk melakukan 22 kali cabutan khas sepanjang tahun ini berbanding ketetapan dibuat Pakatan Harapan (PH) selepas gabungan itu menguasai Putrajaya pada 2018.

Advertisement

Cabutan khas itu pada asalnya diadakan 22 kali setahun namun dikurangkan oleh PH kepada 11 kali untuk 2019 dan hanya lapan kali pada 2020.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top