BM | EN | 中文

Cabutan khas judi: PAS dalam kerajaan, kenapa buat-buat tak tahu?

azhar-ismail.jpg
Advertisement

LEDANG, 14 OKT: Kenyataan parti PAS baru-baru ini mengkritik kerajaan yang disertai mereka sendiri hanya lakonan, seolah-olah parti itu ada pendirian utuh.

Ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Azhar Ismail berkata, kritikan PAS baru-baru ini hanya mahu menutup kecaman orang ramai terhadap parti itu.

“Untuk makluman, cabutan khas ini bukan hari ini baru dijalankan, tapi sudah hampir setahun. Takkanlah PAS tak tahu perkara itu sedangkan mereka di dalam kerajaan atau mereka sengaja buat-buat tak tahu.

Advertisement

“Bila orang kecam dan kritik PAS, barulah mereka bersuara seperti mahu menjadi hero kononnya mereka tetap dengan pendirian mempertahankan agama sedangkan mereka yang bersengkongkol dari awal dalam isu tersebut.

“Ini lakonan yang PAS cuba lakukan dan sememangnya itulah diri PAS yang kita kenal selama ini.

“Hanya pandai bersandiwara sahaja,” tegasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top