BM | EN | 中文

“Cabaran Shahrir kepada Bersatu seolah ingkar titah Sultan Johor”

shahrir-samad.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 NOV: Cabaran Ketua UMNO bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad kepada presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin agar parti itu menarik sokongan kepada menteri besar Datuk Hasni Mohammad seolah ingkar kepada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Faezuddin Puad berkata, Sultan Ibrahim sebelum ini telah bertitah agar semua parti poltiik di negeri ini tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan ketidakstabilan berlaku.

“Apa keperluan Shahrir Samad mencabar Bersatu untuk tarik sokongan kepada menteri besar?

Advertisement

Faezuddin Puad

“Apakah Tan Sri (Shahrir) tidak mendengar titah Sultan Ibrahim agar semua pihak berbincang dan merancang pelan tindakan membantu rakyat ketika pandemik Covid-19 melanda.

“Cabaran Shahrir kepada Bersatu seolah-lah ingkar titah Sultan Johor,” kata Faezuddin.

Terdahulu, media melaporkan Shahrir Samad berkata, UMNO Johor bersedia sekiranya diadakan pilihan raya negeri (PRN) jika Perikatan Nasional (PN) mahu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri itu.

Advertisement

“Nak tarik sokongan supaya ada juga PRN Johor? Silalah. UMNO Johor tetap bersedia,” ujarnya, lapor portal Umno Online.

Shahrir mengulas kenyataan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata, atas sifat prihatinnya kerajaan negeri Johor kepimpinan UMNO-BN tidak ditumbangkan.

Justeru itu kata Faezuddin, jika Shahrir mengutamakan kepentingan rakyat, beliau hanya perlu mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan kenyataan mencabar Muhyiddin.

Advertisement

“Shahrir tak perlu jawab kenyataan Muhyiddin. Lebih-lebih lagi jika ia boleh menyebabkan sehingga berlakunya PRN di Johor.

“Berulangkali baginda Sultan Ibrahim bertitah agar jangan berlaku ketidakstabilan politik di Johor.

“Kita di Johor ini masih belum stabil. Ekonomi baru hendak pulih. Tolong utamakan rakyat dari kepentingan politik,” kata Faezuddin lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top