BM | EN | 中文

Cabaran PRU-15: Parti politik perlu sokongan rentas kaum, tiada lagi ‘outsourcing’ – Chin Tong

liew-chin-tong-dap.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 FEB: Pilihan raya akan datang akan lebih mencabar apabila setiap parti politik perlu meraih sokongan pengundi merentasi etnik, kata Senator Liew Chin Tong.

Katanya, tidak ada lagi kaedah outsourcing (penyumber luaran), dimana sesebuah parti hanya menumpukan perhatian kepada kumpulan etnik masing-masing.

“Zaman tersebut sudah berlalu. Parti lain tidak boleh menyatakan mereka hanya mewakili masyarakat Melayu.

Advertisement

“Begitu juga DAP tidak boleh menyatakan mereka hanya mewakili masyarakat bukan Melayu kerana kebanyakan kerusi pilihan raya kita terdiri daripada pengundi pelbagai etnik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau dalam wawancara dengan Malay Mail berkata, pilihan raya umum ke-14 memberi pengajaran bahawa pengundi Malaysia yang berbilang etnik tidak menyukai gabungan parti politik yang mengamalkan taktik pecah dan perintah berdasarkan landasan perkauman.

Ujarnya, sebelum ini, DAP mungkin bergantung kepada rakan parti Melayu dan Islam dalam Pakatan Harapan (PH) untuk meraih sokongan pengundi demografi ini, tetapi, perkara ini tidak lagi relevan untuk pilihan raya akan datang.

Advertisement

“Jika DAP hanya bergantung kepada sokongan bukan Melayu, DAP hanya akan menang 20 hingga 25 kerusi parlimen sahaja dalam PRU15 kerana tiada lagi jaminan kemenangan walaupun di kubu kuat parti.

“Lebih daripada itu, DAP sendiri perlu meyakinkan 30 hingga 40 peratus pengundi Melayu untuk mempertahankan kerusi DAP pada pilihan raya akan datang,” ujar bekas timbalan menteri pertahanan itu.

Tambah beliau, berbeza dengan gambaran dilaporkan media Melayu, tidak semua pengundi Cina menjadi penyokong DAP dan PH secara automatik pada PRU14.

Advertisement

Ini kerana sebahagian besar mereka pengundi atas pagar dan hanya menyokong PH pada hari-hari terakhir menjelang PRU14.

“Di kebanyakan kerusi pilihan raya, pengundi bukan Melayu atas pagar akan mengundi parti pembangkang sekiranya mereka melihat orang ramai sudah bersedia untuk melakukan perubahan.

“Pengundi Cina di pekan kecil ini hanya mahu mengundi parti yang mampu membentuk kerajaan.

Advertisement

“Saya tertarik apabila mendapat tahu beberapa generasi lama masyarakat Cina yang beralih menyokong PH pada saat akhir tempoh berkempen selepas melihat rakan-rakan dan pelanggan Melayu mereka menyokong pembangkang.

“Contohnya, mereka yang mempunyai kedai runcit di bandar kecil di kawasan tengah Johor selalunya mempunyai ramai pelanggan Melayu.

“Apabila mereka mengetahui penyokong UMNO yang setia sudah bersedia untuk berubah, pak cik- pak cik Cina di bandar kecil juga cenderung mengundi untuk membuat perubahan,” tambahnya.

Advertisement

Justeru itu kata Chin Tong, modenisasi menjadi pencetus kepada pembangunan bandar kecil, penambahan penduduk dan membentuk kawasan dengan masyarakat pelbagai etnik yang telah mengubah cara berfikir pengundi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top