BM | EN | 中文

Cabaran pandemik COVID-19 mungkin lebih lama – MB Johor

Hasni-Mohammad-MB-Johor-yang-gagal.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 MEI: Rakyat Johor diminta lebih bersedia untuk menghadapi cabaran pandemik COVID-19 yang mungkin berlanjutan lebih lama, kata Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Beliau yang juga pengerusi bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berkata dalam keadaan mencabar sekarang, rakyat bukan saja memerlukan bantuan segera tetapi juga sokongan jangka masa panjang.

Ia bagi meningkatkan daya tahan mereka serta menjadikan mereka lebih berdaya saing menstabil dan meningkatkan taraf hidup.

Advertisement

“Saya gembira melihat ia tercapai menerusi program Inisiatif Pemulihan Ekonomi Mapan di Iskandar Malaysia’ atau SECURE@IskandarMalaysia.

“Sejumlah RM32.5 jutadiperuntukkan menerusi inisiatif SECURE@IskandarMalaysia dan kira-kira 2,000 rakyat mendapat lonjakan sosio-ekonomi hasil daripada inisiatif berkenaan setakat ini,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO IRDA semalam.

Advertisement

Hadir sama, Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim.

Sementara itu Ismail berkata, inisiatif SECURE@IskandarMalaysia merangkumi tujuh program yang berlandaskan kepada tiga format iaitu pemberian geran atau dana, pembangunan kapasiti dan, reskilling dan upskilling.

Pendekatan secara holistik ini membolehkan rakyat mendapat sokongan bukan sahaja daripada segi kewangan malah juga daripada segi kemahiran teknikal dan insaniah.

Advertisement

Katanya, Program ‘Iskandar Malaysia Employment Grant’ (IMEG) misalnya mengekal atau memberikan pekerjaan kepada 987 pekerja di 68 syarikat di sekitar negeri Johor.

“Program ini berkonsepkan geran gaji sepadan yang membantu syarikat mengekalkan pekerja yang sedia ada atau mengambil pekerja baru dengan menggunakan geran ini untuk membayar gaji sepanjang enam bulan.

“Seramai 596 individu pula terbabit dalam program IM Makmur dan menerusi program ini, ada individu daripada golongan rentan yang menerima modal permulaan perniagaan hingga RM10,000, berdasarkan model perniagaan dan ada yang menerima latihan kemahiran yang membolehkan mereka menjadi usahawan atau mendapat pekerjaan,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top