BM | EN | 中文

Cabaran MIC Johor tidak masuk akal

malaysian-indian-congress-MIC.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 MEI: Kenyataan yang dikeluarkan Ketua Penerangan MIC Johor, S Deva yang mencabar agar pemimpin Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini meletakkan jawatan dibidas Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor.

Perkara itu dinyatakan Ahli Jawatankuasanya (AJK), Jeevan Supramaniam yang menyatakan cabaran itu tidak masuk akal.

Katanya, Deva harus memikirkan soal kepentingan rakyat dan sudah menjadi adat kerajaan seharusnya berdepan dengan pelbagai pandangan dan bukannya mencabar untuk mengadakan Pilihanraya Negeri (PRN).

Advertisement

Jeevan Supramaniam

“Pada pilhanraya umum (PRU) ke-14 yang lalu, rakyat sudah memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan dan sekiranya benar-benar BN kuat mengapa tidak saja tunggu PRU15?

“Mandat rakyat diberikan lima tahun sekali, justeru siapa pun yang mahu bertanding perlulah bersabar sehingga PRU. Namun apa yang berlaku hari ini sebaliknya di mana mandat yang rakyat berikan telah dirampas oleh BN dan rakan mereka.

“Mengapa dia (Deva) tidak menghormati mandat yang telah rakyat berikan? Di negara ini ada sistem demokrasi dan seharusnya MIC kena mengikut saluran yang ada di negara ini bukan dengan cara pencuri seperti yang dilakukan hari ini,” tegasnya.

Advertisement

Beliau menyatakan pada PRU-14 yang lalu, rakyat tidak mengenali calon yang dikemukan oleh mana-mana parti.

“Kita maklum, PRU-14 rakyat hanya mencari lambang dan lambang tersebut adalah lambang PKR. Ini bermaksud rakyat menyerahkan mandat mentadbir negara ini kepada PH bukan BN.

“Dalam tinjauan saya, masih dapat dilihat bahawa MIC tetap ditolak oleh pengundi kerana kesan-kesan lama yang berbekas akibat MIC membiarkan kaum india terabai tanpa dibela oleh mereka.

Advertisement

“Negara kita sedang menghadapi pemasalahan wabak penyakit Covid-19 dan selepas ini adalah soal ekonomi rakyat.

“Sepatutnya beliau (Deva) harus memikirkan bagaimana cara untuk menyelamatkan rakyat dari sibuk pertimbang untuk PRN bagi mendapatkan kuasa,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top