BM | EN | 中文

Cabaran bubar parlimen, buktikan di Johor dulu

salahuddin-ayub-ahli-parlimen-pulai.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JUL: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub sekali lagi mencabar agar parlimen dibubarkan sekiranya kerajaan yang disokong Muafakat Nasional (MN) yakin akan mendapar sokongan.

Beliau berkata bahawa perkara itu boleh dibuktikan dengan membubarkan Dewan Negeri (Dun) Johor terlebih dahulu sebagai penguji kekuatan MN.

“Betapa riuh rendahnya politik Malaysia beberapa minggu yang lalu dengan MN khususnya Umno untuk mereka mengadakan ‘snap election’ atau pilihanraya dalam masa terdekat.

Advertisement

“Mereka nampaknya begitu yakin. Dengan ucapan daripada pimpinan mereka termasuk Pas yang seolah-olah mahu Parlimen dan Dun dibubarkan.

“Maka saya membuat kenyataan minggu lepas, sekiranya mereka yakin menang jika diadakan pilihanraya, saya telah memberikan satu cabaran kepada Umno khususnya, supaya negeri Johor sebagai gelanggang atau ‘test ground’.

“Kalau MB sendiri dan beberapa pimpinan Umno menaruh keyakinan mereka boleh menang dan mendapat mandat, kenapa mereka tidak lakukan di Johor, sebab ini dalam bidang kuasa mereka?

Advertisement

“Tapi nampaknya cabaran saya akhirnya tidak mendapat respon dan saya menganggap itu sekadar retorik,” katanya.

[ VIDEO: Umno boleh jadikan DUN Johor ‘gelanggang’ bukti sokongan ]

Beliau berkata deimikian ketika ditemui pada program ramah mesra bersama pemandu teksi yang turut dihadiri oleh pimpinan Parti Amanah Kawasan Pulai di Jalan Petri, Johor Bahru, semalam.

Advertisement

Salahuddin yang merupakan Ahli Parlimen Pulai turut yakin bahawa kerajaan Perikatan Nasional hari ini tidak cukup kerusi di parlimen untuk melakukan sesuatu tindakan.

“Mungkin pada bila-bila masa kerajaan PN boleh tumbang. Jadi saya harap pimpinan Umno khususnya, berusaha di negeri yang mereka berkuasa hari ini untuk DUN dibubarkan.

“Sekiranya mereka yakin, mereka mampu memenangi pilihanraya dan mendapat kembali kuasa.

Advertisement

“Bukan seperti hari ini, merampas kerajaan di tengah jalan, tidak cukup jumlah (kerusi parlimen), takut menghadapi persidangan dengan pelbagai alasan dan akhirnya kita melihat mereka lemah,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top