BM | EN | 中文

CABARAN 100 HARI MISBUN BAGI PERSEORANGAN LELAKI

3B415596-BB94-4273-8C5C-9D781760E257.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 OGOS: Pemain badminton perseorangan lelaki negara diberikan tempoh 100 hari bagi meyakinkan barisan jurulatih yang mereka layak mengiringi perseorangan nombor satu Malaysia, Lee Zii Jia ke Sukan SEA Filipina 2019.

Dengan kedudukan Zii Jia dijangka selamat, Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek berkata satu lagi slot akan ditentukan oleh tiga pemain antara Soo Joo Ven dan dua lagi pemain muda, Aidil Sholeh Ali Sadikin dan Lim Chong King.

Menurut lagenda badminton negara tersebut, faktor pengalaman tidak menjadi keutamaan baginya dan berkata Aidil dan Chong King, masing-masing berusia 19 tahun, mempunyai peluang yang sama dalam merebut tempat ke Sukan SEA.

Advertisement

Katanya lagi, keputusan untuk mempertaruhkan pemain muda tanpa sebarang pengalaman beraksi di kejohanan utama di peringkat senior diambilnya bertujuan membantu mempertingkat kekuatan mental pemain.

“Inilah masa buat mereka menampilkan kemampuan sebenar.

“Persoalan kepada setiap pemain, adakah mereka mahu sekadar menjadi pencabar atau juara ketika beraksi dalam Sukan SEA nanti?

Advertisement

“Jadi, ini adalah pendekatan yang terbaik buat mereka,” kata Misbun.

 

Sumber: Stadium Astro

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top