BM | EN | 中文

Cabar Bersatu tarik sokongan di DUN: Rakyat Johor bijak menilai – Armada

Muhammad-Shamsuddin-Paijan-Armada-Bersatu-Johor.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 NOV: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor Muhammad Shamsuddin Paijan berkata, rakyat di negeri ini bijak menilai pemimpin mana yang ikhlas membela mereka.

Katanya, kini para pengundi mampu mempertimbankan rasional kenyataan dua pemimpin UMNO Johor, Shahrir Samad dan Nur Jazlan Mohamed mencabar Bersatu menarik sokongan di DUN Johor.

“Armada Johor yakin rakyat boleh menilai dengan bijak pemimpin yang ikhlas memastikan keselamatan dan kehidupan rakyat terus terjaga seperti dikatakan Muhyiddin iaitu memastikan setiap meja di rumah rakyat sekurang-kurangnya ada makanan untuk dimakan.

Advertisement

“Sehubungan itu, Armada Johor menggesa rakyat untuk menolak pemimpin tamak dan gila kuasa yang memperjudikan rakyat demi kepentingan peribadi mereka sendiri,” katanya, lapor Utusan Online.

Shahrir Samad sebelum ini mencabar presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin agar parti itu menarik sokongan kepada menteri besar, Hasni Mohammad.

Sekiranya sokongan sekurang-kurangnya dua Adun ditarik, kerajaan PN Johor dijangka tumbang dan pilihanaya negeri (PRN) Johor terpaksa diadakan.

Advertisement

Manakala Nur Jazlan Mohamed menyifatkan Muhyiddin yang mengugut boleh menarik sokongan parti itu terhadap kerajaan negeri Johor sebagai hanya berani bercakap tetapi takut hendak melakukannya.

Namun katanya, Armada Bersatu Johor sentiasa bersiap siaga dalam segala kemungkinan yang berlaku jika ada pemimpin UMNO yang cuba mengganggu-gugat kestabilan dan kemakmuran negeri Johor khususnya.

“Seluruh anak muda Johor juga akan memastikan segala perkara yang boleh mengganggu-gugat kemakmuran negeri Johor akan ditentang habis-habisan,” tambahnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top