BM | EN | 中文

Cabar Bersatu tarik sokongan di DUN Johor: Kenyataan Shahrir, Jazlan hanya bersifat populis

nur-jazlan-shahrir-samad.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 NOV: Kenyataan dua pemimpin UMNO Johor, Shahrir Samad dan Nur Jazlan Mohamed mencabar Bersatu menarik sokongan di DUN Johor hanya bersifat populis.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor Muhammad Shamsuddin Paijan berkata, sepatutnya kedua-dua pemimpin UMNO itu menjunjung titah Sultan Johor yang mahu kestabilan dan kemakmuran politik Johor terjamin.

“Tindakan kedua-dua pemimpin UMNO itu jelas sekali mahu memburukkan kewibawaan serta kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin menerusi momokan kenyataan provokasi dan bersifat populis semata-mata,” kata Muhammad Shamsuddin, lapor Utusan Online.

Advertisement

Shamsuddin berkata, ada pihak yang cemburu dengan kejayaan Presiden Bersatu itu semasa menjadi Perdana Menteri yang kini membuahkan hasil.

“Kejayaan demi kejayaan yang dibuktikan Tan Sri Muhyiddin sepanjang tempoh menerajui kepemimpinan negara termasuk perancangan teliti dalam menangani pandemik Covid-19 sudah membuahkan hasilnya.

“Jadi, apakah Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Datuk Nur Jazlan Mohamed cemburu segala kejayaan dan pencapaian cemerlang menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Tan Sri Muhyiddin? soalnya.

Advertisement

Shahrir Samad sebelum ini mencabar presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin agar parti itu menarik sokongan kepada menteri besar, Hasni Mohammad.

Sekiranya sokongan sekurang-kurangnya dua Adun dilakukan, kerajaan PN Johor dijangka tumbang dan pilihanaya negeri (PRN) Johor terpaksa diadakan.

Manakala Nur Jazlan Mohamed menyifatkan Muhyiddin yang mengugut boleh menarik sokongan parti itu terhadap kerajaan negeri Johor sebagai hanya berani cakap tetapi takut hendak melakukannya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top