BM | EN | 中文

BVAM REALISASIKAN TRANSFORMASI ISKANDAR PUTERI SEBAGAI HAB GBS

datuk-dr-sahruddin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 OKT : Program Blockchain Village at Medini atau BVAM dilihat dapat mencapai matlamat strategik Johor dalam usaha merealisasikan transformasi Iskandar Puteri menjadi hab Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS).

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, inisiatif berkenaan membantu membangunkan Johor sebagai salah satu pusat saraf serantau negara.

Menurutnya, sebagai pengembangan inisiatif GBS Iskandar, BVAM boleh berfungsi sebagai pusat untuk aktiviti perkhidmatan intensif pengetahuan, menggunakan teknologi mengubah permainan, Blockchain, sebagai tumpuan utamanya.

Advertisement

“Penempatan hab Blockchain di Iskandar Puteri juga strategik untuk Malaysia secara keseluruhan kerana lokasi ideal di bahagian paling selatan di Semenanjung sekali gus membawa kita lebih dekat kepada pemain Blockchain serantau lain yang terletak di seberang tambak.

“Tambahan pula Iskandar Malaysia mempunyai kelebihan daya saing dari segi struktur kos, tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan mahir, serta dasar dan insentif mesra perniagaan, untuk menjadikan strategi ini berfungsi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran i2M’S Blockchain Village at Medini (BVAM) di Hotel Ramada, Meridin di sini, semalam.

Advertisement

Dr Sahruddin turut mengucapkan tahniah kepada i2M Ventures Sdn Bhd dan rakan-rakan strategik, GBS Iskandar di atas usaha dan komitmen mempergiatkan aktiviti pembangunan teknologi Blockchain sekali gus meletakkan Medini, Iskandar Puteri sebagai hab Blockchain di rantau ini.

Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada OK Blockchain (Jepun) kerana memilih Iskandar Malaysia, Johor sebagai destinasi juga kepada 100 tenaga kerja yang bergraduat hari ini menjadi perintis dalam teknologi Blockchain.

“Mewakili K]kerajaan negeri Johor, saya mengucapkan selamat datang kepada BlockOn, Nexus Labs dan iCycle ke Iskandar Puteri sebagai sebahagian daripada keluarga BVAM.

Advertisement

“Bersama OK Blockchain, anda akan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem Blockchain di Medini, Iskandar Puteri sekali gus menyumbang kepada pembangunan Johor yang mampan.

“Ucapan tahniah dan penghargaan saya juga kepada semua pihak yang terlibat, dari pemegang taruh hingga pemain industri, serta tenaga profesional Blockchain di atas peranan anda dalam menyumbang kepada pembangunan strategi dan pelaksanaan perancangan BVAM, secara keseluruhan,” katanya lagi.

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top