BM | EN | 中文

Business Travellers Center bakal disediakan di Johor

JB-Johor-Bahru.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 OKT: Sebuah pusat Business Travellers Center yang berfungsi memudahkan ketibaan Pelawat Perniagaan Jangka Pendek akan dibuka di Johor untuk Pelawat Perniagaan Jangka Pendek dari Singapura dengan kos RM10 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pusat sama telah dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk memberi kemudahan kepada pelawat perniagaan dan pelabur.

“Pusat ini memudahkan ketibaan Pelawat Perniagaan Jangka Pendek yang dikecualikan daripada menjalani kuarantin wajib tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat.

Advertisement

“Tahun hadapan, sebuah pusat sehenti yang sama akan disediakan di Johor untuk Pelawat Perniagaan Jangka Pendek dari Singapura dengan kos RM10 juta,” katanya dalam pembentangan Bajet 2022 semalam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top