BM | EN | 中文

Buruh binaan maut traktor terbabas di Kulai

takziah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 FEB: Seorang buruh binaan maut, manakala seorang lagi cedera apabila traktor yang mereka naiki terbabas, lalu terbalik di Jalan Kelah, Kampung Sungai Kulai, di Kulai, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai PPgB Mohd Fauzi Awang berkata, dalam kejadian 10.29 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Bustaman Zaidin, 60, manakala pemandu traktor yang terselamat adalah, Wong Kwai Soon, 59.

Menurutnya, kemalangan berlaku di tempat kerja melibatkan pekerja di kawasan tapak pembinaan, apabila sebuah traktor dipercayai terbabas lalu terbalik, ketika ingin menuruni bukit selepas selesai mengisi minyak.

Advertisement

Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa telah tersepit dan terperangkap di bawah traktor.

“Pemandu traktor tersebut telah mengalami kecederaan di bahagian paha manakala seorang lagi mangsa, telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Fauzi berkata satu unit ekskavator telah digunakan bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.

Advertisement

Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai dengan menggunakan jentera EMRS, dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11.50 pagi.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top