BM | EN | 中文

Bunyi letupan lebih kuat daripada guruh

kebakaran.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 16 MAC: “Bunyi letupan daripada kebakaran yang berlaku di kawasan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di sini semalam lebih kuat daripada bunyi guruh,”.

Itu yang diluahkan penduduk Kampung Lepau, Suhailah Bachok, 32, berhubung kejadian yang menyebabkan lima pekerja maut akibat rentung itu.

Suhailah Bachok

Katanya, ketika kejadian berlaku, dia sedang menonton televisyen di rumahnya.

Advertisement

“Kira-kira pada jam 10.45 malam, terdengar bunyi letupan yang lebih kuat daripada guruh. Bunyinya tidak lama sekitar lebih kurang satu minit.

“Jiran yang ditemui turut memberitahu perkara yang sama menyebabkan mereka beramai-ramai untuk melihat apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita.

Suhailah turut memberitahu kejadian itu turut mengakibatkan beberapa rekahan berlaku di rumahnya iaitu di ruang tamu dan dapur.

Advertisement

Sementara itu, Ketua Kampung Lepau, Zainal Abidin Abdul Rahim, 56, pula memberitahu, kejadian semalam bagaimanapun tidak seteruk letupan yang berlaku April tahun lalu.

Zainal Abidin Abdul Rahim

“Letupan semalam memang dapat dirasai, namun bunyinya ia tidak sekuat kejadian yang berlaku tahun lalu.

“Bagaimanapun gegaran dapat dirasai khususnya di cermin tingkap,” tambahnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top