BM | EN | 中文

BULAN SUKAN NEGARA BINA MOMENTUM SUKMA JOHOR XX

sheikh-umar.jpg
Advertisement

KLUANG, 19 OKT: Bulan Sukan Negara merupakan salah sebuah persiapan strategik bagi memperkukuh momentum persediaan Johor untuk bergelar tuan rumah kepada temasya sukan dwitahunan iaitu SUKMA XX Johor 2020 tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan da Koperasi, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, melalui penganjuran itu meningkatkan kesedaran dan kepentingan bersukan dalam kalangan masyarakat.

Selain itu kataya, ia memupuk semangat perpaduan antara kaum, menggalakkan pembangunan kesihatan, kecergasan serta mengiktiraf masyarakat yang aktif membangunkan sukan di peringkatakar umbi

Advertisement

“Bulan Sukan Negara juga boleh disifatkan satu gerakan yang mampu meningkatkan penglibatan orang ramai khususnya di peringkat akar umbi.

“Seterusnya ia menjadi platform mencungkil bakar dan membentuk lebih ramai bintang-bintang sukan do masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Sambutan Bulan Sukan Negara dan Hari Anestesia Sedunia 2019 peringkat negeri Johor di Dataran Tasik Kluang, disini, hari ini.

Advertisement

Sheikh Umar berkata, aktiviti sukan penting kerana ia menjadi sebahagian daripada kesempurnaan kesihatan dalam kehidupan.

Hal ini katanya, kerana semasa bersukan tubuh akan menjadi aktif, pengaliran darah berjalan lancar, manakala kesihatan fizikal mempengaruhi kesihatan mental individu.

“Masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental mampu menjalankan tugasan dengan baik seterusnya membantu menjayakan pembangunan negara,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, hari ini yang juga Hari Anestesia Sedunia merupakan peristiwa penting dalam sejarah perubatan dunia.

Kata Sheikh lagi, ia menjadi medium untuk memperjelaskan lagi kepentingan perkhidmatan anestesiologi yang terlibat secara terus dalam resusitasi pesakit bagi menyelamatkan nyawa serta memberi pengetahuan berkenaan kemudahan peralatan resusitasi yang diperlukan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top