BM | EN | 中文

Buktikan ada sokongan 110 ahli parlimen

Noor-Khalim-Sakib.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 30 JUL: Timbalan Perdana Menteri (TPM), Ismail Sabri Yaakob dicabar untuk membuktikan kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli parlimen.

Pengarah Komunikasi dan Multimedia Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Noor Khalim Sakib berkata, jika tidak dibuktikan, Ismail hanya mahu menarik kepercayaan kepada sekutunya sahaja.

“Ini tindakan untuk meyakinkan sekutunya sahaja agar tidak menarik sokongan kepada kerajaan pimpinan Mahiaddin Yassin yang kini di ambang kehancuran.

Advertisement

“Apa yang dilakukan Ismail Sabri itu adalah praktik kerajaan dari terus berpecah.

“Sekiranya benar-benar mendapat sokongan, beliau perlu membuktikannya dengan mengadakan usul undi percaya kepada kerajaan.

“Jangan hanya bercakap sahaja dan mengeluarkan kenyataan cukup sokongan sedangkan hakikatnya takut mengadakan sebarang pengundian untuk menentukan tahap sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional,” ujarnya.

Advertisement

Ismail dalam satu kenyataan berkata kerajaan masih mendapat sokongan 110 daripada 220 anggota parlimen.

Penegasan itu dibuat selepas istana menegur pengendalian pembatalan ordinat darurat yang tidak mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong serta tidak dimansuhkan melalui parlimen hari ini.

Dalam kenyataan ringkas empat perenggan, Ismail berkata dia menjunjung titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui kenyataan media Istana Negara.

Advertisement

Ismail juga menyifatkan situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik Covid-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top