BM | EN | 中文

“Bukit Payung isu contoh penduduk diketepi dalam keputusan penting kerajaan”

Bukit-Payung-Parit-Sulong-Batu-Pahat-Muar.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 12 JUL: Isu pembinaan pusat pelupusan sampah di Bukit Payung, disiini mencerminkan bagaimana penduduk dan alam sekitar diketepikan dalam keputusan penting kerajaan.

Gerakan Selamatkan Bukit Payung (GSBP) dalam satu kenyataan semalam berkata, isu ini adalah perkara yang serius dan bukan eksklusif kepada penduduk sekitar, Bukit Payung, Parit Sulong atau Batu Pahat semata-mata.

Sebaliknya kata GSBP, ia adalah sikap kerajaan dalam membuat keputusan yang akan merugikan sesebuah negara.

Advertisement

“Banyak lagi lokasi yang strategik di serata Johor ini boleh digunakan sebagai tapak ganti. Kami juga telah mencadangkan beberapa tapak.

“Memandangkan juga kita ini bukanlah dalam keadaan kemiskinan ruang. Kenapa sebolehnya hendak dilaksanakan atas tanah yang penuh khazanah budaya dan sejarah? kata GSBP.

Air terjun Bukit Payung (Gambar Ehsan Mohd Ismail Abdul Kadir)

Isu penentangan penduduk terhadap cadangan pembinaan pusat pelupusan sampah Bukit Payung, berlarutan semenjak 2012 lagi.

Advertisement

Kerajaan BN melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada waktu itu berkata projek berkenaan sudah bermula dengan kontraktor sudah dilantik dan dijangka beroperasi mulai 2020.

Ia kemudiannya ditangguhkan kerajaan Pakatan Harapan pada Jun 2018 berikutan bantahan berterusan dikemukakan penduduk kawasan berkenaan.

Seorang pengkaji sejarah bebas dan aktivis masyarakat, Mohd Azlan Mohd Sharif mendakwa, ada fosil tumbuhan yang dijangkakan berusia jutaan tahun ditemukan di kawasan itu.

Advertisement

Batu nisan (Batu Aceh) dikatakan berusia 500-600 tahun terletak di utara tapak cadangan pelupusan sampah Bukit Payung (Gambar Ehsan Azlan Sharif)

Menurut beliau, terdapat juga pemakaman Bukit Inas di mana pernah ditemukan lapan batu Aceh berusia di antara 500 hingga 600 tahun di situ dan kewujudan batu itu direkodkan dalam buku ‘Batu Aceh Warisan Sejarah Johor’ terbitan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 1999.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Zuraida Kamaruddin pada September 2019 kemudiannya mendakwa pusat pelupusan sisa pepejal di Bukit Payung terletak jauh dari kawasan yang didakwa mempunyai warisan sejarah dan alam semula jadi.

Selain dikatakan tapak geologi berusia jutaan tahun, kawasan Bukit Payung tidak jauh dari lokasi pertempuran antara tentera British dengan Jepun di Parit Sulong pada perang dunia kedua dan lokasi terhempasnya pesawat Wirraway dengan nombor siri A20-72 di hutan Inas pada 19 Januari 1942.

Advertisement

Lokasi pertempuran tentera British dan Jepun dalam perang dunia kedua, tidak jauh dari Bukit Payung

Bukit Payung juga dikenali sebagai lokasi pendakian ketinggian sederhana, laluan pertandingan rentas desa yang turut memiliki air terjun dan kebun buah-buahan.

Dalam pada itu GSBP berkata setiap saluran yang ada telah digunakan, dan mahkamah adalah pilihan terakhir yang ada untuk menuntut keadilan buat penduduk dan alam warisan Bukit Payung.GBSB turut menyeru sokongan orang ramai untuk mempertahankan Bukit Payung dan kawasan warisan di sekitarnya.

“Kami tidak tahu sama ada kita akan menang atau kalah di mahkamah ini, tetapi jika kalah dan terpaksa menanggung kerugian sekalipun, biarlah kita kalah dalam keadaan mempertahankan hak.

Advertisement

“Kerana itu saja kepentingan kita, untuk mempertahankan hak. Maka kami memerlukan sokongan anda semua untuk mempertahankan Bukit Payung.

Pendengaran kes tuntutan menolak pembinaan pusat pelupusan sampah Bukit Payung akan berlangsung di Mahkamah Johor Bahru pada jam 9 pagi, Rabu, 15 Julai ini.

“Panggilan solidariti ini dinyatakan kerana apa yang bakal hilang nanti di sini adalah khazanah alam dan sejarah kita bersama.

Advertisement

“Jadi kalau bukan kita yang mempertahankannya, siapa? tambah GSBP.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top