BM | EN | 中文

Bukit Payong tiada dalam inventori tapak warisan – KPKT

batu-aceh-johor2.jpeg

BATU PAHAT, 7 SEPT: Kawasan Bukit Payong berhampiran tapak cadangan pelupusan sisa pepejal Sanitari (TPSPS) yang didakwa memiliki tapak sejarah tidak termasuk dalam inventori sebagai tapak warisan.

Demikian jawapan bertulis kepada ahli parlimen Sri Gading, Shahruddin Md Salleh melalui penyata khas parlimen dikeluarkan menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertarikh 24 Ogos.

“Berdasarkan semakan kementerian (KPKT) ini dengan Jabatan Warisan Negara, tapak TPSPS Bukit Payong ini tiada dalam inventori sebagai tapak warisan.

“Tapak ini merupakan tapak yang dicadangkan oleh pihak kerajaan negeri Johor kepada Kerajaan Persekutuan dan telah dizonkan sebagai Tapak Pelupusan dalam Rancangan Tanah Daerah (RTD) Batu Pahat (Penggubahan) 2002-2020,” menurut jawapan KPKT.

Seorang pengkaji sejarah bebas Mohd Azlan Mohd Sharif sebelum ini mencalonkan Bukit Payong di Batu Pahat itu sebagai tapak warisan negara.

Beliau, yang menentang pembinaan TPSPS di kawasan itu, mendaftarkan cadangannya di pejabat Jabatan Warisan Negara (JWN) di Kuala Lumpur pada September 2019.

Selain fosil tumbuhan jutaan tahun dan batu Aceh ratusan tahun, Mohd Azlan membangkitkan kemungkinan baru terdapat bangkai pesawat Perang Dunia Kedua.

Mohd Azlan berkata wujud batu Aceh berusia 500 tahun di pesisir Sungai Simpang Kiri, malah juga terdapat fosil tumbuhan di Bukit Belah dan Bukit Inas dipercayai berusia 250 juta tahun.

Johorkini sedang mendapatkan pandangan beliau mengenai kenyataan KPKT ini.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top