BM | EN | 中文

‘BUKAN TAK TAHU PUNCA PENCEMARAN PASIR GUDANG, TAPI…’

956CA2FD-1EB7-4A88-BBD4-32980EDFD759.png
Advertisement

Oleh: Ikhwan Zulkaflee

Dalam tempoh berselang tiga bulan, dua kali insiden pencemaran udara melanda Pasir Gudang, dengan dua menteri besar Johor; Datuk Osman Sapian sebelum beliau meletakkan jawatan dan digantikan Datuk Sahruddin Jamal yang berdepan tanggungjawab untuk menjelaskan kepada umum apa sebenarnya terjadi di sana.

Malah, sejak timbulnya kembali isu pencemaran udara di kawasan itu, datang pula khabar angin Dr Sahruddin mahu meletakkan jawatan, dengan tokok tambah kononnya Osman juga terpaksa letak jawatan sebelum ini kerana gagal menguruskan tragedi Sungai Kim Kim, Mac lalu.

Advertisement

Namun itu hanya cakap-cakap politik yang datangnya dari pihak yang nampak peluang dan ruang. Ah, kalau kita nak berpolitik, sampai pilihanraya akan datang pun kita punya masa. Sembang pasal politik ni, sebaldi teh tarik diminum pun kita takkan habis berbual.

Berbalik kepada Pasir Gudang, pelbagai teori dibincangkan sama ada dari sudut ilmiah, tak kurang juga andaian merapu untuk mengenalpasti bagaimana, atau yang lebih tepat, siapa yang perlu kita persalahkan. Ia sekan sudah sebati dengan masyarakat kita. Jika perasan, sejak kecil lagi kita didedahkan dengan dendangan lagu rakyat ‘Tanya sama pokok’, menunjukkan yang kita diajar untuk mencari penyebab kepada sesuatu yang berlaku di sekeliling kita.

Kambing hitam

Advertisement

Sudah lumrah kehidupan barangkali, masyarakat memerlukan penjelasan yang dapat diterima logiknya bagi kita memproses – apa puncanya masalah ini, atau lebih mudah, siapa kambing hitam dalam episod ini?

Dalam insiden Sungai Kim Kim dahulu, Osman diperlekehkan apabila menyatakan kerajaan negeri merancang memindahkan kilang-kilang di Pasir Gudang ke kawasan lain. Jawapan Osman itu mungkin kedengaran simplistik tanpa didokong dengan hujah tapi itulah gaya Adun Kempas tersebut berbicara dengan media, lebih selalu simplistik dan ada ketikanya tidak sampai maksud yang hendak diutarakan.

Advertisement

Cadangan Osman itu bagaimanapun disifatkan tidak praktikal dan mundur oleh menteri besar sebelumnya, Datuk Mohamed Khaled Nordin, yang turut berkata cadangan tersebut menunjukkan “tersasar dan kelirunya pemikiran kerajaan hari.” Katanya lagi, sudah tentu Pasir Gudang itu dibangunkan sebagai kawasan industri.

Naib Presiden Umno itu juga menegaskan keperluan memikirkan pertumbuhan ekonomi negeri, dengan ribuan pekerjaan yang wujud di Pasir Gudang, Khaled berkata mana mungkin kerajaan negeri memaksa kilang berpindah, ekoran dari kos yang akan ditanggung pengilang.

Baru-baru ini, Khaled tampil menyatakan yang beliau tidak mempunyai kuasa meluluskan mana-mana operasi kilang-kilang di Pasir Gudang sepanjang perkhidmatannya wakil rakyat Permas, merangkap ketua kerajaan negeri Johor.

Advertisement

Bekas ahli kabinet tersebut sebaliknya berkata sebarang kelulusan operasi kilang terletak di bawah pemantauan pihak berkuasa tempatan (dalam kes ini Majlis Bandaraya Pasir Gudang), Kerajaan Persekutuan, dan juga agensi-agensi berkaitan.

Beliau turut mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pencemaran di Pasir Gudang keatasnya ataupun mana-mana pihak yang dipercayai bertanggungjawab.

“Siasatlah sepenuhnya siapa yang terlibat dan ambillah tindakan,” kata Khaled menerusi kenyataan media.

Advertisement

Menurutnya, antara isu kritikal dalam kes pencemaran ini adalah pengurusan dan pemantauan oleh pihak-pihak berkuasa. Tanpa menamakan mana-mana pihak secara jelas, Khaled berkata “prosedur dan kepakaran agensi-agensi ini harus diperkemaskan,” ujar Khaled, sekaligus menjarakkan diri, dan pentadbiran kerajaan Johor di bawah pimpinannya dahulu dari kemelut di Pasir Gudang ini.

Untuk rekod, hari ini di kawasan Pasir Gudang, terdapat 2005 buah kilang yang menjalankan operasi mereka, dengan 250 padanya adalah kilang berasaskan kimia.

Ikrar Dr Sahruddin

Advertisement

4 Ogos lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berikrar memperbaiki sebarang kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan insiden pencemaran di Pasir Gudang.

Sambil memohon maaf diatas perkara tersebut, Dr Sahruddin berkata pelbagai langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil kerajaan negeri bagi memastikan yang terbaik untuk rakyat tempatan.

Advertisement

“Kita berasa sedih dan terkilan kerana pembangunan yang dirancang pada suatu ketika dahulu di kawasan ini tidak mengambil kira kelestarian dan kesan jangka panjang terhadap penduduk di Pasir Gudang.

“Namun kita tidak mahu hanya menuding jari kerana kita sedar, ia tidak dapat menyesaikan masalah. Oleh itu, pada hari ini kita mengambil tanggungjawab untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani insiden ini supaya tidak terus berulang,” kata Dr Sahruddin.

Antara langkah diambil bagi menguruskan hal tersebut ialah dengan mewajibkan pemasangan alat kawalan pelepasan bahan cemar dan kerajaan negeri juga tidak menolak kemungkinan memindahkan kilang berisiko tinggi. Kata kuncinya ialah pindah.

Advertisement

Awalnya sikit-sikit, tapi lama-lama…

Johorkini menghubungi seorang pakar yang juga salah seorang ahli Jawatankuasa Saintifik Pencemaran Pasir Gudang bagi mendapatkan penjelasan sama ada punca pencemaran itu telah dikenalpasti atau tidak.

Pakar tersebut, Prof Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff, berkata dakwaan bahawa kerajaan negeri gagal mengenalpasti punca pencemaran sebenarnya tidak tepat kerana apa yang menyebabkan insiden berkala ini berlaku sebenarnya telahpun dikenalpasti – iaitu kewujudan gas-gas toksik dalam udara di Pasir Gudang, seperti, acrolein, acrylonitrile dan methyl mercaptan. Gas atau bahan mudah meruap ini semua telah wujud sekian lama di kawasan perindustrian yang telah beroperasi lebih 30 tahun ini.

Advertisement

“Kalau diikutkan, memanglah memantau kualiti udara ini dibawah bidang kuasa JAS. Akan tetapi, kualiti udara yang diukur tidak termasuk bahan bahan yang tercemar seperti yang dipantau sekarang ” katanya apabila dihubungi Johorkini.

Menurut Abdull Rahim, gas-gas ini  tidak menjadi isu masa lepas kerana bahan ini tidak termasuk dalam parameter yang dipantau.

Advertisement

“Gas toksik ini hanya dipantau apabila agensi kerajaan menggunakan instrument yang lebih canggih untuk menyiasat insiden Sungai Kim Kim. Bahan-bahan kimia ini bukan lah merupakan bahan asing, ia adalah bahan asas kepada industri plastic dan polimer. Methyl mercaptan pula ada digunakan dikawasan perladangan sebagai kawalan makhluk perosak.

“Ada kemungkinan tahap kesihatan seseorang individu tidak boleh menerima kehadiran bahan-bahan toksik ini walaupun ia berada pada tahap rendah, maka berlakulah insiden yang kita lihat sekarang,” katanya lagi.

Abdull Rahim turut merumuskan pencemaran ini berpunca dari pertumbuhan terlampau pesat di kawasan industri Pasir Gudang, dengan lambakan kilang dari pelbagai sektor, yang menyebabkan gas-gas yang dikeluarkan dari setiap kilang bercampur dan menyebabkan kandungan gas menjadi tepu.

Advertisement

Jelasnya lagi, perkara ini ditambah rumit kerana gas-gas ini bukan hanya dihasilkan dari kilang-kilang dalam sektor sama, namun merentasi pelbagai disiplin.

“Perkara ini memang terjadi kerana ekosistem industri Pasir Gudang ini sendiri. Ianya membangun dengan terlampau pesat dan juga melibatkan pelbagai bidang yang bercampur aduk dalam satu-satu kawasan.

“Gas-gas ini bukan saja terhasil dari kilang dalam sektor pembuatan, tetapi juga dalam dalam industri perladangan seperti methyl mercaptan. Malah, pembakaran terbuka juga boleh menghasilkan acrolein dan juga acrylonitrile.

Advertisement

“Jadi untuk kita mengenalpasti jalan penyelesaian, contohnya yang melibatkan perpindahan kilang ataupun sekolah,  kajian yang menyeluruh diperlukan” katanya lagi.

Beliau berkata beberapa langkah penyelesaian jangka masa pendek dan panjang telah dirangka dan sedang dijalankan bagi menangani isu tersebut.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top