BM | EN | 中文

Bukan sekadar potong gaji, pecat menteri dan timbalan menteri tak ‘perform’

steven-sim.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 JUN: Selain pemotongan gaji, kerajaan dicadang memecat menteri dan timbalan menteri yang tidak menjalankan tugas dengan baik.

Ahli parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata, langkah ini supaya dapat mengecilkan kabinet yang sedia ada.

“Lebih afdal, pecat terus menteri atau timbalan yang tak peform (tidak jalankan tugas baik), susutkan Kabinet gergasi…

Advertisement

“Tak perlu tiga hingga empat orang ‘Timbalan Perdana Menteri’, lantikan politik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tak perlu gaji besar,” katanya, lapor Roketkini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, seperti diamalkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu, barisan menteri dan timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun.

Kata Muhyiddin, gaji yang tidak diambil itu akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.

Advertisement

Mengulas berhubung pengumuman itu, Steven berkata, tindakan tersebut patut dilakukan memandangkan rakyat sedang menderita akibat kesan ekonomi daripada penularan wabak Covid-19.

“Tapi jangan salah faham akaun bank depa tak masuk bulan ni, masih ada gaji MP (ahli Parlimen).

“..dan entah ada lagi elaun. Minyak kereta, tol, keraian semua dah ditanggung wang cukai,” kata Steven lagi.

Advertisement

Jelas Steven, rakyat tidak boleh membandingkan gaji ahli parlimen pembangkang dan ahli psarlimen kerajaan kerana gaji ahli parlimen pembangkang digunakan untuk menampung perkhidmatan di kawasan kerana tiada peruntukan disediakan.

“Gaji MP pembangkang kita guna untuk tampung perkhidmatan dekat kawasan sebab peruntukan tak ada. MP kerajaan, peruntukan berjuta-juta,” ujarnya.

Menurut Steven, ramai ahli Parlimen pembangkang memang sudah ‘dipotong’ gaji sejak setahun ini kerana mereka menggunakan sebahagian daripada gaji untuk menjalankan kerja-kerja perkhidmatan kawasan.

Advertisement

“Contoh di Bukit Mertajam, bantuan makanan, beli laptop atau tablet dan sebagainya. Semua kena tampung guna wang poket sendiri dan derma orang awam,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top