BM | EN | 中文

“Bukan masa untuk berbalah, tetapi bersatu dan bekerjasama” – Sultan Johor

sultan-ibrahim-sultan-iskandar-sultan-johor-sidang-dun.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 12 OGOS: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah agar semua pihak bersatu dan bekerjasama bagi menyelesaikan krisis ekonomi dan kesihatan susulan pandemik Covid-19.

Titah baginda, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk merancang dan melaksanakan tindakan yang wajar bagi membantu rakyat yang
terkesan.

“Ini bukannya masa untuk berbalah, tetapi ini adalah masa untuk bersatu dan bekerjasama.

Advertisement

“Jangan tanya kepada orang lain apa yang telah dibuat untuk bantu rakyat, tetapi lihatlah cermin muka sendiri.

“Ingin juga saya ingatkan, bahawa dewan negeri ini adalah tempat untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan negeri Johor.

“Jangan cemarkan dewan saya ini dengan perangai yang buruk. Ini adalah dewan yang mulia bukannya dewan sangkar beruk.

Advertisement

“Ingat pesanan saya Tuan Speaker. Jalankan kerja baik-baik,” titah baginda pada majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Ke Empat Dewan Negeri Johor Yang Ke Empat Belas di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Bahru, pada hari ini.

Titah baginda, semua ahli dewan perlu menggunakan sesi persidangan kali ini untuk berbincang dan menyusun pelan tindakan bagi menolong rakyat dan membangunkan semula ekonomi negeri Johor.

“Ahli-ahli dewan tidak perlu berbahas atau membawa usul yang tidak berkenaan.

Advertisement

“Awak semua jangan pentingkan diri sendiri. Rakyat di luar sana tengah susah, ada yang kelaparan, ada yang hilang pekerjaan, dan ada juga yang sedang bertarung nyawa akibat wabak Covid ini,” katanya lagi.

Johor menjadi negeri pertama mengadakan sidang Dun dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Umno Johor menerajui kerajaan negeri dengan 14 kerusi, diikuti Bersatu 12 kerusi termasuk kerusi Dun Gambir yang disandang Perdana Menteri Muhyiddin Yassin; MIC (dua) dan PAS (satu) manakala pembangkang dibarisi DAP dengan 14 kerusi, Amanah (enam) dan PKR (tujuh).

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top