BM | EN | 中文

Buka sekolah pada fasa dua PPN, KKM diminta pastikan semua keadaan selamat

Tan-Hong-Pin.jpg

Tan Hong Pin (Gambar Fail)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 JUL: Kementeri Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memastikan pelajar, ibu bapa, guru-guru dan semua pihak yang terlibat berkenaan tarikh pembukaan sekolah serta tahap kesiapsiagaan PdP secara fizikal di sekolah dalam keadaan yang selamat.

Adun Skudai, Tan Hong Pin merujuk perincian SOP Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan Majlis Keselamatan Negara bulan lalu, bahawa pelajar dan calon peperiksaan SPM, STPM, SVM, STAM, SKM, DVM dan peperiksaan antarabangsa setara dibenarkan hadir ke sekolah merentasi daerah dan negeri.

“Saya memohon KPM memastikan semua sekolah dapat memenuhi senarai semak yang lengkap dan jelas sebelum pelajar dibenarkan hadir ke sekolah.

Advertisement

“Senarai semak tersebut haruslah dibuat berasaskan data dan sains yang kukuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hong Pin mengemukakan tiga perkara senarai semak iaitu suntikan vaksin lengkap dua dos untuk semua guru dan kakitangan sokongan yang terlibat.

“Di Johor, masih ramai guru yang belum mendapat apa-apa suntikan setakat ini walaupun telah lama berdaftar. Tahap vaksinasi antara guru adalah KPI penting yang perlu disiarkan dari semasa ke semasa.

Advertisement

“Kedua, suntikan vaksin untuk para pelajar kelas peperiksaan SPM dan STPM iaitu mereka yang berada dalam lingkungan umur 17 tahun ke 20 tahun.

“Diketahui bahawa kerajaan masih belum mengambil ketetapan sama ada kumpulan remaja wajar divaksin atau tidak walaupun NPRA telah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer/BioNtech untuk kumpulan remaja yang berumur 12 tahun hingga 18 tahun.

“Di beberapa negara lain termasuk Singapura kumpulan remaja mula menerima vaksin tetapi ada juga negara seperti UK yang menangguh program vaksinasi remaja atas pertimbangan risiko yang tertentu dan situasi penularan Covid semasa.

Advertisement

“Untuk keadaan di Malaysia saya berpendapat risiko penularan wabak antara para pelajar khususnya di sekolah berasrama adalah sangat tinggi sekiranya populasi pelajar tidak divaksin terdahulu sebelum kembali ke sekolah,” katanya.

Selain itu Hong Pin menyarankan penyediaan Garis Panduan Pengudaraan di Ruang Dalam (Indoor Ventilation) untuk bangunan sekolah dan pematuhan yang ketat.

“Sejak awal 2021 WHO telah menekankan kepentingan pengudaraan di ruang dalam untuk mengurangkan risiko jangkitan virus.

Advertisement

“Pakar-pakar kesihatan awam telah berulang kali menyeru kerajaan menerbitkan garis panduan pengudaraan yang sesuai untuk aplikasi di negara kita dan telah dilaporkan bahawa MKN dalam proses membuat ketetapan yang berkenaan.

“Sebelum Garis Panduan Pengudaraan khas untuk sekolah dapat dilaksanakan dengan baik, seharusnya ditangguhkan dahulu kehadiran para pelajar dan guru ke sekolah,” katanya lagi.

Menurut Hong Pin, di negeri Johor sahaja, bilangan pelajar yang mengikuti kelas peperiksaan SPM dan STPM dianggarkan melebihi 50,000 orang.

Advertisement

Sebahagian daripada mereka adalah pelajar di Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ataupun sekolah-sekolah berasrama yang lain.

“Pembukaan sekolah untuk pelajar kelas peperiksaan di bawah Fasa 2 PPN haruslah diuruskan dengan teratur dan cermat.

“Ini adalah langkah pertama ke arah pembukaan sekolah secara berfasa sehingga semua murid dan pelajar dapat kembali ke sekolah suatu hari nanti apabila keadaan Covid lebih terkawal.

Advertisement

“Tanpa garis panduan dan senarai semak yang telus, sudah tentu ibu bapa malah guru-guru pun merasa gusar dan kurang yakin jika pelajar diarahkan balik ke sekolah susulan peralihan ke Fasa 2 PPN,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top