BM | EN | 中文

Buka parlimen untuk bincang isu Palestin – Chin Tong

liew_chin_tong_dap.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 MEI: Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuka parlimen dengan segera bagi membahaskan usul mengecam serangan Israel ke atas rakyat Palestin yang kian kritikal.

Katanya, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pernah memanggil sidang khas parlimen bagi membahas dan mengusulkan isu tersebut.

Pada 12 Januari 2009, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah memanggil sidang khas parlimen bagi membahas dan mengusulkan 10 ketetapan bagi membela nasib rakyat Palestin akibat serangan rejim Israel ke atas Gaza pada waktu itu, bersama semua ahli parlimen.

Advertisement

“Selepas itu, setiap kali Israel bertindak ganas, parlimen Malaysia sentiasa mencapai kata sepakat mengutuk keganasan rejim tersebut, termasuk kali terakhir pada tahun lalu,” kata Chin Tong dalam satu kenyataan.

Justeru katanya kerajaan Perikatan Nasional (PN) wajar membuka parlimen dan segera membahaskan isu pembelaan rakyat Palestin secara bersama tanpa mengambil kira perbezaan politik, untuk menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin.

“Dengan pembukaan semula parlimen, ia akan merintis jalan untuk membincangkan isu-isu besar dan penting di dalam negara kita, khususnya ketika dunia dilanda pandemik Covid-19,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top