BM | EN | 中文

Buka kuari baharu 100 ekar dekat Gunung Banang ancam penduduk

Khairuddin-tiga-dari-kiri-menerima-memorandum-dari-penduduk.jpg

Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim (tengah) menerima memorandum bantahan pembukaan kuari dari penduduk kampung sekitar Gunung Banang, Batu Pahat

BATU PAHAT, 12 JUN: Cadangan pembukaan kuari baharu di Kampung Sungai Ayam, Batu Pahat Johor dikhuatiri mengancam penduduk yang mendiami sekitar kawasan itu.

Menurut Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim berkata sekurang-kurangnya seluas 100 ekar kuari baharu yang dikatakan akan dibuka di kawasan kaki Gunung Banang di Jalan Belut Putih, Kampong Sungai Ayam.

Katanya, beliau telah menerima memorandum bantahan dari ketua kampung berkenaan terhadap cadangan kuari baharu yang akan beroperasi di situ.

“Terdapat 30 buah rumah di Jalan Belut Putih, kampung Sungai Ayam dimana letaknya cadangan lokasi kuari baru antara yang bakal terkesan dengan pengoperasian kuari baharu berkenaan kerana rumah tersebut terlalu hampir dengan kawasan kuari itu.

“Sebelum ini pada September 2018 yang lalu, banjir besar berlaku di Kampung Sungai Ayam, Kampung Sungai Suloh dan kampung lain berdekatan antara lain berpunca dari limpahan air dari empat buah kuari yang telah beroperasi sebelum ini di kawasan Gunung Banang.

“Perkara sama berkenaan aktiviti kuari seperti ini telah saya bawakan sebelum ini namun sehingga hari ini masih tidak ada penyelesaian dari pihak kerajaan,” ujarnya.

BACA: Aktiviti meredah hutan dan pendakian dibenarkan, namun tak boleh bermalam

Beliau sebelum ini telah membawa isu kuari Hup Seng, KCC dan Handson dan pelbagai tempat lagi untuk mendapat perhatian pihak kerajaan di negeri ini.

Khairuddin berkata, beliau akan terus berusaha membawa suara penduduk yang terancam ke peringkat seterusnya.

“Saya ingin menyebut perkara ini dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) yang sepatutnya berlangsung pada 14 Mei lalu, namun apakan daya sidang tersebut berlangsung sekitar sejam sahaja.

“Namun saya akan terus usaha membawa suara ini dengan membuat bantahan seterusnya di sidang DUN akan datang dan mengambil langkah alternatif bagi menyelamatkan penduduk di kawasan yang terjejas,” ujarnya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top