BM | EN | 中文

Buka DUN Johor: PH Johor sedia bincang dengan MB

syed-ibrahim-aminolhuda-hassan-liew-chin-tong-1.png

Dari kiri: Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) Aminolhuda Hassan (Pengerusi Parti Amanah Negara) dan Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 JUN: Pakatan Harapan (PH) Johor menyatakan komitmen untuk terus berbincang dan memberikan cadangan kepada pihak Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berhubung usaha-usaha yang boleh diambil kearah membuka semula persidangan DUN Johor.

PH Johor dalam satu kenyataan hari ini berkata, Dewan Negeri Johor merupakan platform terbaik untuk berbincang, berbahas serta mengusulkan dasar-dasar yang penting buat negeri ini/

“PH Johor menginsafi titah Raja-raja Melayu. Setiap perbezaan tidak seharusnya mengalih fokus kita pada masa pandemik ini.

Advertisement

“Semua pihak perlu dilibatkan tanpa mengira fahaman politik bagi menggembeleng usaha, mengurus serta melawan Covid-19,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Ketua Pembangkang Dun Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Semalam, Raja-raja Melayu berpendirian agar Dewan-dewan Undangan Negeri dibolehkan bersidang secepat mungkin.

Advertisement

Perkara itu merupakan antara yang disebut Baginda-baginda Raja Melayu dalam satu kenyataan dikeluarkan selepas Raja-Raja Melayu menghadiri perbincangan khas di Istana Negara.

“Di peringkat negeri, Raja-Raja Pemerintah turut berpendirian agar Dewan-dewan Undangan Negeri dibolehkan bersidang secepat rnungkin.

“Kaedah dan prosedur persidangan seperti yang sedang diamalkan di beberapa buah negara yang terbukti dapat mengawal rangkaian jangkitan virus Covid-19, wajarlah diperkenalkan dan diterima pakai di negara ini,” menurut kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Advertisement

Terdahulu, PH Johor merafak sembah ke bawah DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar yang dengan kebijaksanaan baginda telah memulakan inisiatif menitahkan agar satu permesyuaratan melibatkan semua ADUN dan Ahli Parlimen Johor rentas parti.

Ia diadakan segera bagi membincangkan hal berkaitan Covid-19 di negeri ini seawal Mei lalu.

“Johor menjadi suri tauladan apabila mesyuarat tersebut direalisasikan pada 27 Mei 2021 secara atas talian dan dipengerusikan oleh Menteri Besar.

Advertisement

“Menyedari Dewan Negeri sebagai platform terbaik untuk berbincang, berbahas serta mengusulkan dasar-dasar yang penting buat negeri ini, PH Johor menyatakan komitmen untuk terus berbincang dan memberikan cadangan kepada pihak YAB Dato’ Menteri Besar berhubung usaha-usaha yang boleh diambil kearah membuka semula persidangan DUN Johor” menurut kenyataan PH Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top