BM | EN | 中文

BUDAYA KESUKARELAWANAN PUPUK KECEMERLANGAN AKADEMIK, KERJAYA

dzulkefly-pdk-nusajaya.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 19 OKT: Semangat kesukarelawanan perlu dipupuk sejak awal lagi terutama dalam kalangan mahasiswa, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri Johor, Dzulkefly Ahmad.

Kata Dzulkefly, telah terbukti bahawa mahasiswa yang terlibat aktif dalam aktiviti kesukarelawanan dan kemasyarakatan adalah mereka yang juga cemerlang dalam pencapaian akademik.

“Yakinlah bahawa sebahagian kerja yang dibuat ini akan diberi ganjaran dalam suatu keadaan yang lain pula.

Advertisement

“Tidak ada suatu bukti yang signifikan mengatakan bahawa pelajar-pelajar yang terlibat dengan kerja kesukarelawanan akan terjejas.

“Bahkan melalui sejarah pendidikan kita, mereka yang banyak melakukan kerja-kerja kesukarelawanan adalah mereka yang juga cenerlang dalam bidang kerjaya yang mereka ceburi.

Manusia yang terbaik adalah mereka yang banyak mendatangkan manfaat kepada orang lain dan sanggup melakukan sesuatu bukan untuk kepentingam peribadi, tetapi kebaikan bersama kepada masyarakat,” kata Dzukefly.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian program gotong royong di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nusajaya bersama ahli Kelab Kelana Siswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) disini, hari ini.

Seramai kira-kira 52 peserta termasuk pelatih PDK yang kini dalam latihan industri menyertai program tersebut yang dianjurkan selama dua hari dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan UEM-Sunrise.

Dalam pada itu kata Dzulkefly, orang ramai yang berminat untuk menyertai aktiviti kesukarelawanan dan kemasyarakatan boleh mendaftarkan diri sebagai sukarelawan Komuniti Harapan Malaysia (KHM) yang diselia Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Advertisement

Katanya, di Johor terdapat 138 KHM dengan dua komuniti bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri manakala satu bagi setiap kawasan parlimen.

“Ini suatu (inisiatif) yang subur dan baik untuk diperpanjangkan. Semoga tradisi kesukarelawanan ini kita hayati sepanjang hayat,” kata Dzukefly lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top