BM | EN | 中文

Bubur lambuk Istana Johor, sentuhan istimewa Sultan Ibrahim untuk rakyat

bubur-lambuk-sultan-ibrahim-johor.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim

Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 APR: Sebahagian rakyat Johor hari ini berpeluang menikmati ‘Bubur lambuk dari Istana Johor’ yang disediakan sendiri oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurut hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim meluangkan masa hampir sejam bersama kakitanan istana bagi menyediakan bubur lambuk tersebut.

Baginda menyediakan bubur lambuk itu menggunakan pengacau khas yang diperbuat daripada kayu giam oleh tukang kayu peribadi baginda di Mersing, demikian menurut hantaran itu.

Advertisement

Sultan Ibrahim meluangkan masa hampir sejam memasak bubur lambuk bersama kakitangan Istana.

Sebanyak 1,100 paket bubur lambuk istimewa sentuhan air tangan Sultan Ibrahim akan disampaikan kepada rakyat di daerah Kluang hari ini.

Manakala sebanyak 200 paket lagi akan disampaikan kepada pesakit-pesakit kanser di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) dekat sini.

Advertisement

“Bubur lambuk yang dimasak hari ini akan disampaikan kepada rakyat dan jugs pesakit kanser menerusi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor,” titah Sultan Ibrahim menerusi hantaran berkenaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top