BM | EN | 中文

BUAYA TEMBAGA ‘SESAT’ MATI DILANGGAR LORI DI MERSING

buaya-1-e1576727074258.jpg

Buaya tembaga 'sesat' dipercayai mati akibat dilanggar lori di hadapan Pejabat Penghulu Mukim Tenglu, Mersing.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 DIS : Seekor buaya tembaga ‘sesat’ dipercayai mati akibat dilanggar lori di hadapan Pejabat Penghulu Mukim Tenglu, Mersing, kelmarin.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Salman Saaban berkata, pihak jabatan telah menerima aduan tular mengenai kejadian itu.

Dimana seorang pengguna di Facebook telah memuatnaik gambar buaya yang sudah mati dengan kesan darah pada Selasa lalu.

Advertisement

“Susulan itu siasatan telah dijalankan oleh empat orang kakitangan Pejabat Perhilitan Daerah Mersing kira-kira jam 1 tengahari semalam.

“Maklumat awal mendapati buaya tersebut disyaki mati dilanggar lori di hadapan Pejabat Penghulu Mukim Tenglu, Mersing.

“Tinjauan juga mendapati terdapat parit air bersebelahan dengan Pejabat Penghulu tersebut. Sungai terdekat ialah Sungai Tenglu Besar, anggaran jarak ke sungai lebih kurang 700 meter dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, dipercayai buaya tersebut telah tersesat masuk ke dalam parit air tersebut semasa banjir yang berlaku baru-baru ini.

Jelasnya, pengguna Facebook yang berkongsi gambar buaya tersebut masih gagal dihubungi untuk mendapatkan butiran lanjut.

“Untuk makluman spesies buaya tembaga merupakan spesies yang dilindungi sepenuhnya dan orang ramai tidak boleh menyimpan spesies tersebut walaupun ianya sudah mati tanpa Permit Khas daripada Jabatan Perhilitan.

Advertisement

“Sehubungan itu, adalah disarankan sesiapa masih ada menyimpan bangkai buaya tersebut menyerahkannya kepada Pejabat Perhilitan terdekat untuk tindakan lanjut,”katanya lagi

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top