BM | EN | 中文

Buaya di Danga Bay tidak beri ancaman jika tidak diprovok

PhotoGrid_1580609719444.jpg

Tangkapan layar status dikongsikan di Facebook Community Roda Johor-CRJ berkenaan buaya dilihat di Danga Bay.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 FEB: Orang ramai dinasihatkan tidak panik susulan kehadiran buaya di sekitar Danga Bay kerana reptilia tersebut tidak akan mengganggu atau menyerang manusia jika ia tidak diprovok atau diancam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata, pihaknya maklum kehadiran buaya berkenaan di kawasan itu.

“Papan tanda amaran juga telah diletakkan di kawasan berkenaan untuk orang ramai berhati-hati. Papan tanda itu juga memaklumkan sebarang risiko serangan buaya adalah atas tanggungjawab mereka sendiri.

Advertisement

“Kelibat buaya ini pernah viral tahun lalu dan mengikut kajian yang dijalankan sebelum ini buaya berkenaan berkeliaran sehingga ke Sungai Skudai.

“Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan tidak panik kerana buaya tersebut tidak akan mengganggu atau menyerang manusia jika ia tidak diprovok atau diancam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baru-baru ini tular rakaman dan gambar seekor buaya yang didakwa diambil minggu lalu melalui status dikongsikan di Facebook Community Roda Johor-CRJ.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top