BM | EN | 中文

BUAT YANG TERBAIK, PESAN EXCO JOHOR BUAT PETINJU CILIK DANNELL RIEFQY

WhatsApp-Image-2019-09-19-at-6.00.00-PM.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 SEPT: Petinju Muay Thai berusia 12 tahun, Muhammad Dannell Riefqy Zahrin, perlu mengekalkan fokusnya ketika membawa cabaran negara dalam kejohanan IFMA World Youth Muaythai Championships dari 28 September hingga 6 Oktober ini, di Antalya, Turkey.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata kerajaan negeri amat berbangga dengan kejaayaan Muhammad Dannel yang mewakili Malaysia pada kejohanan bertaraf antarabangsa tersebut.

“Kita doakan kejayaan beliau di sana pastinya kita harapkan adik Muhammad Dannel dapat mencatatkan pencapaian yang cemerlang. Kita di Johor berbangga dengan pencapaian anak jati negeri yang mengorak langkah ke peringkat antarabangsa,” Aminolhuda berkata apabila dihubungi Johorkini, hari ini.

Advertisement

Aminolhuda juga turut berkata jadual kejohanan tersebut wajar dimanfaatkan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Temenggung Abdul Rahman, Johor Bahru, yang sudah selesai menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR).

“Kini petinju kita dah boleh fokus kepada persiapan menghadapi kejohanan di Turki. Dengar nasihat jurulatih, dapatkan rehat yang cukup dan perlu jaga pemakananan di sana. Kita menanti berita baik dari petinju kita,” katanya lagi.

Aminolhuda, yang juga Adun Parit Yaani, turut menambah yang beliau secara peribadi akan mengikuti perkembangan Muhammad Dannel dalam kejohanan tersebut.

Advertisement

Terdahulu, Persatuan Muay Thai Malaysia (PMM) dalam satu kenyataan berkata, pemilihan atlet berdasarkan pencapaian mereka yang mendapat pingat emas dalam tiga kejohanan muaythai antara sekolah dan remaja kebangsaan yang dianjurkan setiap tahun.

“Ingin ditekankan bahawa penghantaran atlet ini oleh PMM mewakili Malaysia adalah sejajar dengan inisiatif pelan strategik jangka pendek dan jangka panjang PMM.

“Usaha berterusan ini bertujuan untuk mendorong perkembangan aktiviti kesukanan di peringkat akar umbi tercapai,” kenyataan PMM dipetik.

Advertisement

Dalam kenyataan sama PMM turut mengalu-alukan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk memberikan sokongan dalam sebarang bentuk kepada kontinjen atlet muaythai remaja Malaysia.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top