BM | EN | 中文

BUAT BAIK DIBALAS BAIK

yew-ah-fatt.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 SEPT: Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor menarik perhatian netizen selepas berkongsi pengalamannya dibantu pemandu MyCar baru-baru ini.

Menurusi akaun twitternya @niniekamarudinn, pelajar tersebut bercerita tentang kemurahan hati seorang pemandu, dikenali sebagai Yew Ah Tat, yang tidak mengenakan tambang selain membungkuskan makanan untuknya.

Advertisement

Menceritakan kejadian yang berlaku, dia ketika itu keluar bersendirian ke sebuah pasar raya berdekatan untuk membeli barang keperluan sebelum duit bakinya tercicir di pasar raya tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, pelajar tersebut cuba mendapatkan bantuan daripada seorang rakannya yang mengirimkan wang, namun gagal dikeluarkan akibat baki tidak mencukupi.

Ketika dalam perjalanan pulang, pelajar tersebut cuba untuk tidak menunjukkan kesedihannya namun disedari pemandu tersebut yang terus membuat keputusan untuk tidak mengenakan tambang selain membelikannya makanan.

Advertisement

Dalam perkongsiannya tulis pelajar itu lagi, apa yang berlaku membuatkannya sedar masih ramai lagi insan baik hati selain sanggup membantu individu lain tanpa mengira kaum.

Status yang dimuatnaik itu menerima lebih 11,000 ulang tweet (retweet) dan lebih 8,000 sukaan (likes) selain respon positif netizen.

Advertisement

Sementara itu, MyCar menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya, memberikan penghargaan kepada pemandu tersebut atas keprihatinannya terhadap pelajar tersebut.

“Sebagai tanda penghargaan, pihak MyCar akan memberi ganjaran RM500 tunai Yew Ah Tat serta tiada penolakan komisen pemanduan selama tiga bulan.

“Malahan MyCar juga turut memahami akan bebanan pelajar tersebut dan akan menawarkan bantuan wang tunai sebanyak RM500 kepada pelajar UiTM tersebut. Bantu membantu adalah amalan yang mulia!,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top