BM | EN | 中文

BUANG SIFAT BENCI, WUJUDKAN PERPADUAN

suhaizan-kaiat.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 30 OGOS: Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Suhaizan Kaiat berkata, rakyat di negeri ini perlu berhati-hati kerana wujud golongan berkepentingan yang ingin mengambil kesempatan atas kemajuan teknologi dengan menyebarkan pelbagai maklumat tidak sah.

Katanya, tindakan golongan tersebut bakal mengorbankan keharmonian dan perpaduan rakyat yang sedia terjalin hanya kerana ingin memenuhi agenda politik tertentu.

Justeru itu, beliau menasihatkan agar rakyat di negeri Johor khususnya agar menjauhkan diri dari menyebarkan sebarang berita yang boleh mengundang kekacauan.

Advertisement

Dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan ke-62 Suhaizan berkata, sifat benci-membenci dan membeza-bezakan warna kulit dengan agenda perkauman sempit perlu dibuang bagi menumpukan kepada pembangunan negara.

“Bagaimana ekonomi akan berkembang sekiranya kekacauan berlaku dalam negara dengan kenyataan yang menimbulkan kekeliruan kepada rakyat umum?

“Rakyat perlu juga sama-sama membantu kerajaan dalam usaha menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Advertisement

“Kerajaan sedang menumpukan kepada aspek pembangunan yang mana sekiranya pembangunan ini berjaya dilaksanakan ia akan memberi manfaat kepada rakyat khususnya ekonomi,” kata Suhaizan ketika dihubungi.

Tambah Suhaizan, perbezaan pendapat dibenarkan dengan teguran secara berhemah, namun ia tidak boleh dilakukan sehingga meletakkan agenda politik lebih tinggi sehingga mengorbankan keharmonian hidup rakyat dan perpaduan yang terjalin.

“Saya juga menyeru semua pihak agar bertolak ansur dan saling berkasih sayang.

Advertisement

“Sebarkanlah perkara yang baik berkenaan perpaduan di negara ini,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top