BM | EN | 中文

BSTICT PASTIKAN KESELAMATAN SIBER

gmbr-fail-aminolhuda.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 28 NOV: Bagi memastikan keselamatan siber yang melibatkan aset ICT, Bahagian Sains Teknologi dan ICT (BSTICT) berperanan memberi perlindungan dari diceroboh.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, terdapat pelbagai perlindungan yang dilaksanakan BSTICT termasuklah penguji keselamatan sistem dan portal secara berkala.

“Pihak kerajaan negeri juga mempunyai pasukan Computer Emergency Response Team (CERT). CERT yang diketuai oleh Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan(CIO) ini bertujuan memberi respon segera sekira berlakunya insiden keselamatan ICT,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau yang menjawab soalan Ysahruddin Kusni (Bukit Naning-BN) mengenai langkah keselamatan yang diambil bagi memastikan tiada pencorobohan Portal Dewan Negeri.

Tambah beliau lagi, pengguna (kakitangan kerajaan) dan pembekal yang menggunakan aset ICT Kerajaan Negeri juga tertakluk kepada Dasar Keselamatan ICT versi 2.0 yang telah dilancar sejak 2018.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top