BM | EN | 中文

BRT Iskandar Malaysia jalani ujian rintis mulai Khamis ini

IMBRT.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 6 APR: Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT) akan menjalani ujian rintis selama tiga bulan, di sini mulai Khamis ini, kata Pengarah IMBRT Rudyanto Azhar.

Beliau berkata sembilan syarikat pengeluar bas elektrik tempatan dan antarabangsa akan menyertai ujian rintis berkenaan yang bertujuan menguji laluan sekali gus menentukan jenis bas bersesuaian.

“Ujian rintis projek IMBRT mulai Khamis ini (8 April) sehingga 8 Julai depan adalah bagi jarak sejauh empat kilometer Lebuhraya Sultan Iskandar yang bermula dari Anjung Medini sehingga Horizon Hills, di sini,” katanya dalam sesi penerangan kepada media di Anjung Medini, di sini, hari ini.

Advertisement

Rudyanto berkata mengikut perancangan, operasi IMBRT di kawasan Iskandar Malaysia dijangka bermula pada 2023 sekali gus mengubah landskap pengangkutan Johor dan negara selain menyediakan kemudahan bas sistematik dan lebih selesa kepada pengguna.

Sementara itu, pada sesi penerangan berkenaan, pengamal media turut diberi peluang menaiki bas elektrik jenis Scania dan bas elektrik keluaran Mobilus Sdn Bhd selain turut dibawa meninjau depoh bagi pengecasan bas elektrik berkenaan.

Bulan lepas, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim dilaporkan berkata program rintis IMBRT penting bagi menentukan sistem dan kecekapan perkhidmatan berkenaan selain membolehkan pengawal selia memberikan keputusan akhir.

Advertisement

Ismail dilaporkan berkata, kos pelaksanaan projek IMBRT adalah sekitar RM2.56 bilion yang dibiayai menerusi kerajaan pusat sebanyak RM1 bilion manakala bakinya adalah menerusi kerjasama swasta-awam bernilai RM1.56 bilion.

IMBRT akan menyediakan 55 perkhidmatan penghantar dan 44 perkhidmatan terus, menjadikan liputan rangkaian keseluruhan seluas 2,043 kilometer atau hampir 90 peratus daripada kawasan berpenduduk di Iskandar Malaysia.

Tiga laluan utama bagi IMBRT adalah Skudai, Tebrau dan Iskandar Puteri.

Advertisement

Projek itu merangkumi 33 stesen dengan satu hab di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Laluan Skudai.

Laluan utama akan mempunyai dua stesen akhir iaitu di Desa Jaya melalui Laluan Tebrau dan di Anjung Medini menerusi Laluan Iskandar Puteri.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top