BM | EN | 中文

BRIGED BELIA TANI JOHOR DILANCAR JANUARI 2020

IMG-20190928-WA0006.jpg
Advertisement

PAHAT, 28 SEPT: Kerajaan negeri  bakal melancarkan ‘Briged Belia Tani Johor’ yang bertujuan melatih golongan belia untuk terlibat dalam industri pertanian seperti ternakan dan projek tanaman yang menghasilkan sumber makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, briged tersebut dijangka akan dilancarkan pada Januari tahun depan.

“Satu jawatankuasa akan ditubuhkan di portfolio pertanian negeri Johor. Kita sedang merancang strategi agar ianya selaras dengan program kita, iaitu Revolusi Hijau Industri Asas Tani dan Halatuju Pertanian Negeri Johor 2020,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada Johorkini ketika ditemui pada program Ekspo Tani Johor dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Johor 2019 di Dataran Penggaram, dekat sini, hari ini.

Tosrin yang juga Adun Bukit Permai berkata, kerajaan negeri juga bakal menjenamakan semula Rancangan Pertanian Johor Barat, terutamanya berkenaan sektor perikanan dan hasil laut.

“Antaranya melalui program ‘Estet Kerang-kerangan Negara’ di sepanjang pantai barat Johor yang dijangka bakal memberi manfaat kepada para nelayan.

Advertisement

“Insya Allah. ‘Estet Kerang-kerangan Negara’ akan dilancarkan oleh Menteri Pertanian pada hujung tahun ini. Estet ini akan dijadikan aset penting terutamanya kepada nelayan-nelayan di negeri Johor.

“Satu-satunya estet kerang-kerangan yang akan dirizab sebagai estet kerang-kerangan negara terletak dalam perairan Batu Pahat. Ini akan memberi manfaat terutamanya kepada nelayan di Batu Pahat.

Dalam pada itu katanya, melalui penganjuran Ekspo Tani Johor 2019 di Dataran Penggaram hari ini, memberi suntikan dan semangat baru kepada dan para peladang, penternak dan nelayan di daerah Batu Pahat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top