BM | EN | 中文

BPN dilanjut, bayaran bermula Oktober

kita-prihatin_BPN-2.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Insentif pemberian tunai di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilanjutkan dengan peruntukan hampir RM7 bilion, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, bantuan kali kedua itu bakal memanfaatkan 10.6 juta penerima yang pernah mendapat manfaat sama sebelum ini.

“Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang diluluskan di bawah BPN sebelum ini,” katanya dalam Perutusan Khas “Kita Prihatin” di Putrajaya hari ini.

Advertisement

Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah:

1. RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40
2. RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang
3. RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40
4. RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang

Muhyiddin berkata bayaran akan dibuat dalam dua ansuran iaitu hujung Oktober ini dan kedua pada Januari tahun depan.

Advertisement

Beliau berkata bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama sebanyak RM700 dan kedua RM300.

“Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.

“Saya berharap dengan adanya bantuan tambahan ini, saudara dan saudari dapat menarik sedikit nafas lega dalam menampung perbelanjaan harian saudara dan saudari seisi keluarga,” kata beliau lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top