BM | EN | 中文

Boy Setan’ diburu polis, edar dadah guna dron ke Singapura

IMG-20200622-WA0017.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 JUN: Polis negeri ini sedang giat memburu seorang lelaki dikenali dengan nama ‘Boy Setan’ kerana dipercayai merupakan suspek utama bagi kes penyeludupan dadah menggunakan dron ke seberang tambak, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Boy Setan atau nama sebenarnya Mohamad Azli Ahmad Said, 40, merupakan seorang rakyat Singapura dan turut menjadi buruan polis di sana.

Katanya, pihaknya percaya suspek yang masih bebas itu berada di negeri ini dimana pergerakannya kini terhad akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini.

Advertisement

“Kita percaya suspek masih berada di Johor. Dia datang sekali sekala untuk operasi (menghantar dadah dan kemudian masuk balik ke Singapura).

“Kes seumpama ini merupakan kali pertama. Saya difahamkan dron ini beratnya kurang 20 kilogram tak perlu dapatkan kebenaran Jabatan Penerbangan Awam (DCA),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Advertisement

Tambah beliau, suspek dipercayai menerbangkan dron itu untuk menyeludup dadah pada waktu petang di sekitar Dataran Bandaraya, di sini.

Sabtu lalu, media melaporkan polis Singapura telah menangkap dua lelaki kerana menggunakan dron untuk menyeludup dadah ke Singapura dari Malaysia.

Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Biro Narkotik Pusat (CNB), data penerbangan yang diambil dari telefon salah seorang suspek menunjukkan dron itu diterbangkan dari Kranji, Singapura ke Johor Bahru sebelum kembali semula ke Kranji.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top