BM | EN | 中文

Bot ronda APMM Johor kesan taktik baru guna pelampung seludup dadah

APMM-Tg-Piai.png
Advertisement

PONTIAN, 18 SEPT: Bot ronda Maritim Negeri Johor (MNJ) nengesan taktik baru bagi aktiviti penyeludupan dadah di perairan Tanjung Piai, Johor baru-baru ini.

Bot ronda Maritim Negeri Johor (MNJ) pada awal pagi semalam kira-kira jam 3.10 pagi menemui dua pelampung yang disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine atau syabu yang diikat pada boya di perairan Tanjung Piai.

Dalam satu kenyataan APMM memaklumkan kejadian berlaku semasa bot ronda MNJ yang sedang melaksanakan Op Benteng Laut di posisi kira-kira 1.9 batu nautika barat daya Tanjung Piai, Johor.

Advertisement

“Hasil daripada maklumat risikan yang diterima, pemeriksaan dilakukan dan mendapati terdapat dua pelampung berwarna putih berukuran lebih kurang 35.56 sentimeter setiap satu terikat di boya tersebut.

“Apabila pelampung tersebut diambil dan diperiksa, didapati terdapat empat bungkus teh Cina seberat lebih kurang 4.10 kilogram dengan purata berat 1.03 kilogram bagi setiap bungkusan,” katanya.

Menurut kenyataan itu empat bungkusan teh Cina tersebut mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu.

Advertisement

“MNJ percaya ini merupakan taktik baharu penyeludup untuk menyeludup keluar dadah berkenaan ke negara jiran.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah berkenaan dianggar bernilai RM 225 ribu dengan nilai pasaran semasa di negara ini lebih kurang RM55 ribu bagi setiap kilogram.

“MNJ akan melakukan siasatan lanjut kes ini bagi menjejaki pihak atau penjenayah yang terlibat dalam pengedaran dadah ini dan dalang jenayah rentas sempadan akan dikenakan tindakan keras,” tambah kenyataan itu.

Advertisement

Maritim Malaysia bersama-sama agensi penguat kuasa lain serius dan bersiapsiaga untuk membanteras segala bentuk jenayah rentas sempadan selaras dengan objektif kawalan sempadan menerusi Op Benteng Laut bagi mengekang kemasukan COVID-19 melalui jalan laut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top