BM | EN | 中文

Bot nelayan kelas A dan B dibenar menangkap ikan dalam tempoh PKP – Exco Johor

nelayan-kelas-A.jpg

Gambar Ehsan Facebook APMM

Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 APR: Tiada halangan kepada bot-bot nelayan kelas A dan B untuk meneruskan aktivit penangkapan ikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan.

“Bagi bot-bot nelayan kelas A dan B, kerajaan tidak menghalang mereka meneruskan aktiviti penangkapan ikan sepanjang tempoh PKP ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Vidyananthan turut memaklumkan sehingga kini seramai 145 pegawai dan anggota APMM ditugaskan untuk mengawal perairan di seluruh negeri Johor bermula tempoh PKP sejak 18 Mac lalu.

Advertisement

“Mengikut statistik APMM, laluan kapal sepanjang PKP setiap hari mengalami penurunan sehingga 45 peratus berbanding 200 hingga 300 buah kapal yang melalui Selat Melaka,” kata Adun Kahang itu.

Dalam pada itu pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut menasihat para pemancing untuk pulang ke rumah.

Tambahnya lagi, pihak PDRM akan terus menjalankan tindakan tegas dengan mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap individu yang degil dan melanggar PKP.

Advertisement

“Justeru, saya memohon orang ramai agar patuh terhadap arahan PKP,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top