BM | EN | 中文

Bot karam di Pengerang, tiga nelayan ditemui selamat

Malaysian_Maritime_Enforcement_Agency_apmm.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 SEPT: Tiga nelayan yang bot mereka dilaporkan karam di perairan Pengerang, Kota Tinggi, dekat sini, petang semalam, ditemukan selamat pagi ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Nizam Zakaria berkata dua daripada mangsa adalah lelaki warga tempatan, Ogeven Ogen, 14 dan Timutius Tan, 16, manakala seorang lagi merupakan lelaki warga Singapura, Ong Gim Hong, 55.

“Timutius adalah sepupu Ogeven dan Ong pula bapa saudara Ogeven,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Advertisement

Menurut Nurul Nizam, bot mereka dilaporkan karam ketika kesemuanya sedang menjaring ikan.

“Ogeven dikatakan keluar menangkap ikan bersama dua saudaranya itu pada pukul 3 petang semalam namun gagal dihubungi oleh pihak keluarga selepas itu menyebabkan satu laporan polis dibuat.

“Susulan laporan itu, operasi untuk mencari dan menyelamat mereka telah diaktifkan pada 10.30 malam tadi menggunakan sebuah bot Maritim dan Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan seluas 20 batu nautika persegi perairan berkenaan. Operasi juga dibantu oleh komuniti nelayan tempatan,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata pada pukul 9 pagi ini, Maritim dimaklumkan bahawa kesemua mangsa telah ditemukan selamat oleh nelayan tempatan di daratan Pulau Tekong, Singapura dan mereka kemudiannya dibawa ke Jeti Teluk Kabong untuk rawatan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top