BM | EN | 中文

Bot karam di Kota Tinggi: 14 PATI negatif, dua lagi mayat ditemukan

Bot-karam-14-PATI-negatif-dua-lagi-mayat-ditemukan.jpg

Bot karam di Kota Tinggi: 14 PATI negatif, dua lagi mayat ditemukan (Gambar Utusan Online)

Advertisement

KOTA TINGGI, 16 DIS: 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terselamat dalam insiden bot karam di perairan Tanjung Balau, dekat sini semalam, disahkan negatif Covid-19.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa berkata, keputusan itu hasil saringan yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) Sungai Rengit, semalam.

“Keputusan ujian saringan Covid-19 terhadap 14 mangsa yang selamat adalah negatif.

Advertisement

“Justeru, difahamkan kesemua mereka yang sebelum ini ditahan di Pos Tanjung Sepang diserahkan kepada Jabatan Imigresen,” katanya di sini, hari ini.

Kesemua mangsa yang terselamat terdiri daripada 12 lelaki dan dua wanita yang berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 50 tahun.

Sementara itu, dua lagi mayat mangsa dijumpai menjadikan jumlah terkini mereka yang terkorban dalam insiden itu seramai 18 orang.

Advertisement

Simon berkata, kedua-dua mayat berkenaan adalah lelaki yang dijumpai pada pukul 10 pagi tadi.

“Mayat pertama ditemukan pada jarak 100 meter dari pangkalan hadapan carilamat (PHC), manakala mayat kedua ditemui 280 meter dari PHC,” katanya, lapor Utusan Online.

Katanya penemuan dua mayat itu sekali gus menjadikan jumlah mayat yang berjaya dijumpai pada pagi ini seramai tujuh orang termasuk lima yang ditemukan awal pagi ini.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top